Di Padang Mahsyar Allah menghimpunkan seluruh makhluk bernyawa terdiri daripada manusia dengan keadaan hina. Binatang liar yang garang jadi tunduk dan merendahkan kepalanya. Begitulah juga syaitan-syaitan dan iblis yang bongkak sombong semasa di dunia tetap merendahkan diri dengan rasa hina.
Setelah semuanya berkumpul, tiba-tiba bertaburanlah segala bintang-bintang yang ada di atas kepala mereka. Matahari dan bulan pun terus menjadi gelap gelita, maka gelaplah seluruh Padang Mahsyar masa itu segelap-gelapnya. Kemudian mereka mendengar satu bunyi yang amat dahsyat dari pihak atas. Rupa-rupanya langit yang setebal 500 tahun perjalanan itu tiba-tiba pecah dan keluarlah malaikat dari pecahan itu dan mengucap taqdis kepada Tuhannya. Mka himpunan makhluk itu terkejut yang amat sangat kerana melihat jasad malaikat yang amat besar dan gagah itu.
Di kala itu, matahari didekatkan kepada kepla manusia. Bertambah-tambahlah rasa panas di samping panas himpitan manusia yang sangat ramai dan padat itu. Sedangkan di tempat itu tidak ada apa-apa pun perlindungan Arasy tetapi untuk mereka yang baik-baik, terdiri daripada para Rasul, Nabi-nabi, dan wali-wali. Bertahun-tahun mereka dihimpunkan di dalam keadaan bersesak-sesak dan berhimpit-himpitan itu dalam keadaan tiada ruang lapang. Sehinggakan tapak kaki sesetengah mereka berada di atas tapak kaki orang lain. Oleh kerana terlalu panas, mereka berasa sangat ahaga sehingga dirasakan seolah-olah putus batang leher dan peluh melimpah dengan banyaknya. Begitu banyaknya peluh sehinga menenggelami mereka, mengikut amalan masing-masing.
Berkekalanlah himpunan manusia dalam keadaan demikian selama beribu-ribu tahun, hingga terdengar satu suara pukulan yang amat kuat, yang menambahkan lagi rasa takut dan gerun dengan suara itu. Pada mulanya mereka menyangka azab akan turun lagi tetapi yang mereka lihat lapan malaikat turun dari lagit membawa ' Arasy-Ar-Rahman' yang amat luas sambil para malaikat itu bertasbih memuji Tuhannya yang amat kuat sekali. Arasy itu diletakkan di atas Bumi Mahsyar dengan besar dan gagahnya. Ada TUJUH golongan manusia yang diberi peluang duduk di bawah lindungan Arasy tersebut:
1. Golongan raja/ pemerintah yang memerintah dengan adil.
2. Pemuda yang sentiasa beribadah kepada Allah.
3. Dua orang yang bertemu dan berpisah kerana Allah.
4. Lelaki yang dipujuk oleh perempuan untuk melakukan zina tetapi ia menolak dengan katanya, "Aku takut akan Allah Tuhan semesta alam".
5. Lelaki yang berzikir dan menyebut Allah di tempat sunyi (bersendirian) sehingga mengalir air matanya kerana takut dan gentarnya kepada Allah S.W.T.
6. Lelaki yang begitu ikhlas bersedekah sehinga apa yang di hulur oleh tangan kanannya tidak di ketahui oleh tangan kirinya.
7. Lelaki yang hatinya sentiasa ingat kepada masjid untuk beriktikaf dan mengabdikan diri kepada Allah.
info : blog sagasama
Khamis, 21 Januari 2010
Suasana Di Padang Mahsyar
Label:
Agama,
Info,
Untuk renungan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan