Jumaat, 22 Januari 2010

sketsa rindu

Kesepian telah membuatkan hatiku
kembali merindu
Meronta-ronta rindu ini
untuk ku tunaikan
Agar tidak begitu pasrah
Tidak begitu hancur dan
Tidak begitu merana


Aku cuba menepis agar rinduku
tidak menghimpit fikiranku
Namun usaha untuk ku tepisi
telah menjadi aku kecewa.....


Hujan yang tidak beribut
tidak berpetir
mulai turun dari rintik-rintik
hingga menjadi lebat


Aku cuba menahan hujannya
agar reda
namun ia bertambah lebat
hinggakan kelopak-kelopaknya
menjadi hitam membengkak
tiada siapa yang tahu akan puncanya
hanya hati menahan
rindu yang belum pasti ditunaikan....

---edirossa---

0 ulasan:

 
© free template by Blogspot tutorial