Sabtu, 16 Januari 2010

'Aku mati jangan tanam di Kodiang'

KANGAR - "Kalau aku mati, jangan hantar balik atau tanam aku di Kodiang, Kedah dekat dengan mereka."

Begitulah amarah seorang bapa, Othman Samah, 60, yang kecewa apabila mendakwa 'dibuang' anak sendiri selepas dia selesai menjalani pembersihan darah di sebuah pusat hemodialisis di Seriab, dekat sini petang kelmarin.

Othman yang merupakan seorang petani meluahkan kata-kata tersebut kepada Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis, Ku Chik Ku Mat Esa yang tampil di Balai Polis Kangar bagi menjemput warga emas itu untuk ditempatkan di Rumah Penyayang Jejawi dekat sini.

Kira-kira pukul 7 malam kelmarin, Othman tidak dijemput oleh anaknya yang sebelum itu telah menghantar dia menjalani rawatan di pusat tersebut dengan motosikal.

Sumber : kosmo on line

0 ulasan:

 
© free template by Blogspot tutorial