Ahad, 31 Januari 2010

AZZ MARKETING




Sebuah syarikat bumiputra yang berpengkalan di LOT 765, MUKIM KIAT, BUNUT SUSU, 17020 PASIR MAS KELANTAN. Beroperasi sejak dari nov. 2007, berdaftar secara rasmi pada 13.feb,2008 hinggalah sekarang. Walaupun pada mulanya agak perlahan tapi dengan bantuan TV3, Bernama, radio THR dan juga orang ramai, AZZ MARKETING sekarang menjadi sebuah syarikat yang teguh dan terjamin.

AZZ MARKETING merupakan sebuah syarikat pemborong dan pembekal barang-barang keperluan ternakan ikan air tawar terutamanya untuk ternakan ikan keli dan puyu.

Syarikat ini mempelawa anda menyertai untuk menjadi salah seorang pemilik projek ternakan ikan air tawar anjuran AZZ MERKETING tanpa perlu mengorbankan masa dan tenaga untuk memelihara dan menjual ikan tersebut.

Tawaran itu ada tiga pakej yang boleh mencorak keuntungan bulanan anda. Samaada anda mahu RM300 sebulan, RM600 sebulan, RM3000 sebulan atau RM6000 sebulan. Semuanya terpulang pada anda untuk memilih keuntungan yang di perolehi .

Setiap pakej yang anda masuk, keuntungan akan di perolehi pada 3 bulan berikutnya, dan akan berterusan selang 3 bulan selama2nya. Iaitu setelah ikan keli matang dan dijual. Contoh anda masuk bulan 1/1/2010…keuntungan akan di perolehi anda pada 1/4/2010, 1/7/2010, 1/10/2010, 1/1/2011 ianya akan berterusan dengan selang 3 bulan.
Modal yang anda keluarkan hanya sekali dan keuntungan yang anda dapat adalah seumur hidup. Dan boleh diwasiatkan kepada pewaris.

Pakej yang ditawarkan..
1-RM 1650 KEUNTUNGAN SETIAP 3 BULAN RM 300
2-RM 3250 KEUNTUNGAN SETIAP 3 BULAN RM 600
3-RM 16050 KEUNTUNGAN SETIAP 3 BULAN RM 3000


----->>>>INFO TERKINI<<<<<--------

10 ulasan:

Tanpa Namaberkata...

kata terus maju.. nape duit pemegang lambat masuk.. janji 30hb tapi ni dah 07hb belum masuk...

AZ10-1475berkata...

Tolonglah Azz Marketing..
Jgn buat mcm ni kat pemegang, sy pn masalah sama.. hasil bln 12 kot x dpt2 lg, patutnya 30hb Dis tp ni dh nk abis bln Januari dh ni..

Tanpa Namaberkata...

knapa azz langgar perjanjian????
spatutnya hasil kedua saya 30hb 1 2011 tp smpai skrg x masuk2...... katanya ada masalah komputer????????????????????

azli berkata...

Salam Semua...
jgn lah marah2 kawan2ku....
sy juga mengalami masalah yg sama....
setelah sy pg ke pejabat azz marketing raya cina itu hari....
apa yg d beritahu kpd sy ialah..selewat-lewatnya akhir februari atau awal march kerana pihak syarikat sedang upgrade sistem...untuk kesenangan kita juga nanti....harap dpt bersabar....

dausberkata...

Azz dh janji nk mskkn hasil sya yg trtunggak bln 10 tahun lepas pd bln 12/2010.....tp smpai skarang xmasuk pastu hasil pada bulan 2/2011 ni pn masih gak trtunggak,bila cba dihubungi....setiap pggilan talefon x di jawab,anda sepatutnya memberi penjelasan bukan mendiamkn diri.....kalau sistem lama dlu xpnh ade complain,sistem skarang ni mnyusahkan pelabur.....andai kata nk memberi kemudahan,xkan la dh slama beberapa bulan sistem ini di perkenalkan AZZ masih lagi xmahir mggunakannya.....tolong la AZZ,perjelaskan hutang2 anda trhadap saya n pemegang2 yg lainnya.....jgn berjanji sekiranya tidak boleh di tepati........

Tanpa Namaberkata...

knapo xdk pnjelasan drpd pihak AZZ?????

nor berkata...

kenapa talifon tak angkat wei..angkat r..takkan pandai amik duit pelabur ajer...

sila contact saya : sueria_ni@yahoo.com dan bagi penjelasan.. suami saya guna nama saya untuk pinjaman bank,,11ribu pastu sebab kamu tak bayar ikut yang dijadualkan, saya yang kena bayar pinjaman tu sebab laki saya tak mampu..tolonglah..

Tanpa Namaberkata...

apasal duit xmsuk ag nie...dh lbih bberapa blan dh belum msuk lgi.

Tanpa Namaberkata...

tokey dia rohim botok ado di berek 12 kb, ceo dia khairil firdaus ada di seremban nak mudoh lagi mok dia bunyi kaba pengetua di sekolah teknik bachok tunggu gapo lagi gi tanya la

Unknown berkata...

Adakah syarikat ini masih ujud,bagaimana dengan pelaburan saya yang dijanjikan dan akuan pihak pengurusan kita orang Islam tak akan mungkir janji.Saya laburkan rm2200.Sempat terima balik 1000 lepas tu hanya terima alasan.Dah hampir 10 tahun, rasanya surat perjanjian masih tersimpan perlukah dibuka semula atau tunggu sehingga disana seperti selalu disebut oleh kita orang Islam untuk lepaskan perasaan

 
© free template by Blogspot tutorial