Selasa, 6 Oktober 2009

SOROTAN DI SEBALIK AIDILFITRI

Raya aidilfitri sudah pun berlalu, tapi adalagi yang masih merayakannya. Berbagai peristiwa yang telah berlaku di musim perayaan. Ada suka dan duka, tak kurang juga
menjadi fobia seumur hidup.Ada juga yang sempat adakan kenduri majlis perkahwinan.

Fokus disini pasal kunjung mengunjungi di rumah sanak saudara dan sahabat handai dan juga kerumah yang entah sapa-sapa. Pertunjukan fesyen pakaian raya usahlah cakap. Dalam satu hari tu entah berapa helai pakaian bertukar, mungkin kotor kena kuah rendang…ahaks

Begitu panasnya suasana raya begitu rimas dan beratnya barang kemas yang tergantung di tengkuk dan lengan untuk di pertontonkan, sambil menikmati juadah-juadah yang terhidang diatas meja ruang tamu.

Seronoknya bersembang yang entah apa-apa tajuk,antara sedar dan tak sedar yang kita dah menghabiskan satu bekas biskut raya, kalau lagi lama dok bersembang ada lagi lah bekas yang akan di kosongkan. Ha ha

Mata pulak gatal melihat setiap penjuru ceruk rumah. SiMulut yang celupar, kat situ jualah akan terpacul komen yang mungkin sedap di dengar dan tak kurang juga yang mungkin sakit telinga mendengar.

Kejap-kejap deringan Salam Lebaran, kejap kejap Dendang Perantau, kejap-kejap tittt tittttt SMS.Yer la semua ada handphone, canggih-canggih pulak tuh..rugi la kalau tak tayang. Pandangan mata banyak tertumpu pada handphone dari keluarga dan sahabat di depan mata.

Bab tayang menayang ni mesti kembang bulu hidung bila ada yang puji. Yang berkereta buruk diam jer bila bersembang, yang berkereta baru ni lagi lah seronok bila di jolok. Yang anak ramai tambahan pula semua telah bekerja huhu…tak muat tempat untuk parking depan rumah.

Kerana sakan beraya sehingga tertidur atas kerusi yang empuk. Tambahan pula rumah itu ada penghawa dingin, tv pulak screen besar. Tetamu lain yang datang jeling semacam jer, yer la bunyi dengkuran mengalahkan kucing mengawan.

Percayakah kita kehidupan moden dan canggih ini telah menghakis amalan kunjung mengunjung ini dengan berada di depan TV atau melayari internet juga asyik menekan butang handphone. Budaya keluarga terubah kepada kehidupan personal.

Ops Sikap XX tahun ini amat mengecewakan. Seperti biasa pengguna motosikal pencatat kemalangan tertinggi di ikuti kereta dan pejalan kaki. Kemalangan ngeri di daerah Sabak Bernam sehari sebelum raya menyebabkan sehingga terputus kepala. Na’uzubillah

Aidilfitri berlalu……Aidiladha menunggu…ada yang tergaru-garu..yer la duit dari awal Ramadan sehinggalah HariRaya macam air jer…apa nak kata sendiri buat sendiri tanggung.Raya setahun sekali…alahai.


---HIDUP BUKAN UNTUK TERUS SEDIH, KECEWA DAN HAMPA---

0 ulasan:

 
© free template by Blogspot tutorial