Selasa, 6 Oktober 2009

Renung Sejenak

Cerita 1
Chong dan Jenny terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Kereta remuk tetapi mereka bernasib baik kerana tidak mengalami apa-apa kecederaan langsung.Jenny merengkak keluar dari keretanya.

“Oh, jadi awaklah pemilik kereta itu. Wow! tengok kereta itu habis hancur tapi kita tak cedera langsung. Mungkin ini petunjuk Tuhan, kita akan jadi sahabat sepanjang hayat,”
Kata Jenny.

“Aku setuju, ini petunjuk Tuhan.” Kata Chong.

“Ajaib kereta kita musnah tapi botol arak itu tak pecah pun. Pasti Tuhan nak kita minum dan meraikan pertemuan ini.” Kata Jenny.

Jenny mengambil botol itu dari tepi keretanya yang remuk dan memberikannya kepada Chong. Tanpa berfikir panjang Chong terus meneguk arak itu sehingga tinggal separuh

Kemudian dia menyerahkan pada Jenny yang kemudian menutup kembali botol itu.

“kenapa tak minum?” Tanya Chong.
“Saya nak tunggu polis datang,” kata Jenny.

…………………………………………………
Cerita 2
Sebaik memasuki Lebuh Raya Utara Selatan. Tim pun memecut. Dia cukup bangga apabila keretanya dapat memotong deretan kenderaan lain. Tiba-tiba dia ditahan polis.

“Encik saya tahu saya melebihi had laju, tapi banyak lagi kereta lain yang lebih laju dari pada saya. Kenapa mereka tak kena saman?. Rungut Tim

“Pernah pergi memancing?” Tanya polis trafik.
“Pernah! Kenapa?´tanya Tim.
“ Pernah dapat tangkap semua ikan yang ada dalam sungai itu?” Tanya polis trafik.


-----------------------------------------------

0 ulasan:

 
© free template by Blogspot tutorial