Rabu, 16 September 2009

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri

Syukur alhamdulillah, umat Islam di negara ini selamat menunaikan ibadat puasa dalam keadaan yang tenang dan sempurna. Selama hampir sebulan kita bukan sahaja telah berjaya menahan lapar dan dahaga, tetapi tidak kurang pentingnya kita telah berjaya menahan nafsu dalam berbagai-bagai keadaan supaya kita menjadi insan yang lebih insaf, bertaqwa dan bersyukur.

Tidak lama lagi Hari Raya akan menjelma. menandakan kejayaan kita menguji ketabahan diri serta kemampuan kita melawan tekanan-tekanan nafsu. Dengan itu kita berhak dan harus menyambutnya dengan perasaan riang dan gembira. Tetapi kita hendaklah merayakan hari ini dengan cara yang bersopan-santun, mengunjungi satu sama lain serta bermaaf-maafan.

Sempena Hari Raya ini marilah kita banyak bersyukur ke hadrat Ilahi kerana limpah nikmat dan rezeki yang di curahkanNya kepada kita semua. Marilah kita kekalkan keadaan harmonis ini dan elakkan diri daripada berkonflik supaya keamanan yang dituntut oleh agama Islam terus terpelihara.

Kita di Malaysia sungguh bertuah jika dibandingkan dengan rakyat negara-negara lain. Seperti Iraq,Afganistan dan Palestin, Di sesetengah negara maju pun, kehidupan rakyatnya tidaklah sebegitu bahagia seperti yang digambarkan. Ada rakyatnya yang tidak mempunyai tempat tinggal dan makan minum mereka ditanggung oleh rumah-rumah kebajikan. Di sesetengah Negara pula orang Islam ditindas sehingga tidak dapat mengerjakan ibadah dengan sempurna.

Di musim Raya ini,berhati-hatilah ketika menggunakan jalan Raya. Kita boleh mengelak daripada berlakunya kemalangan, iaitu memandu dengan cermat serta bersabar sedikit. Amatlah menyedihkan apabila pada hari perayaan, kita mendengar kematian yang begitu ramai di kalangan pengguna-pengguna jalanraya. Biarlah lambat sedikit, asalkan kita boleh berhariraya dengan sanak saudara dan kemudian balik bekerja.

---------------------SELAMAT BERHARI RAYA-------------------------

0 ulasan:

 
© free template by Blogspot tutorial