Air adalah sumber kehidupan yang di anugerahkan oleh Allah SWT kepada manusia. Firman Allah SWT bermaksud “…dan kami jadikan dari air tiap-tiap benda hidup” surah Al- Anbiyaa ayat 27. Adalah menjadi tanggungjawab kita menjaga air supaya ia sentiasa selamat dan tidak tercemar.
75% tubuh manusia terdiri dari cecair, hanya 25% sahaja dari pepejal. Melalui beberapa proses seperti pepeluhan dan pernafasan tubuh kita akan kehilangan 10 gelas air sehari.
Jika tidak diganti dengan air yang bersih dan selamat, manusia akan mati dalam tempoh beberapa hari sahaja.
Tahukan anda dunia sekarang sedang menghadapi krisis air bersih yang disebabkan oleh kerakusan manusia sendiri. Di anggarkan 50 tahun akan datang manusia akan menghadapi zaman getir. Punca air akan merosot.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengganggarkan 2010, l/kurang satu billion manusia akan menghadapi masalah kekurangan air untuk di minum. Dianggarkan 2030 lebih 3 bilion manusia menghadapi krisis air ini.
Oleh sebab kerakusan manusia memenuhi tuntutan kehidupan moden sekarang menyebabkan kita terpaksa membayar pada harga yang sangat tinggi untuk mendapatkan air pada masa hadapan.
Kita perlu menukar cara hidup kita dengan mensyukuri nikmat kurniaan Allah. Kita perlu menjaga semua punca air dari gunung ganang, bukit bukau dan kawasan2 tadahan air supaya ia sentiasa terjaga dan terkawal .
Selasa, 6 Oktober 2009
Kepentingan air kepada kehidupan manusia
Label:
Info,
Untuk renungan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan