Selasa, 28 April 2009

Renungan pagi ini

Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!
Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!! !

1-Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.
2-Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting
3-Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu
4-Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.
5-Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.
6-Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.
7-Percayailah cinta pandang pertama.
8-Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.
9-Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.
10-Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.
11-Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.
12-Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.
13-Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"
14-Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.
15-Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.
16-Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.
17- Berpeganglah kepada tiga R:
1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3.. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

18-Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.
19-Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.
20-Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.
21-Adaketikanya anda perlu bersendirian.

Wallahualam
Dari (klik)

0 ulasan:

 
© free template by Blogspot tutorial