Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Neraka berdebat dengan Syurga, Neraka berkata: "Aku akan dimasuki oleh orang yang zalim dan takabur (sombong)". Syurga pula berkata: "Aku akan dimasuki oleh orang yang lemah dan miskin". Maka Allah Azza Wa Jalla berfirman kepada Neraka: "Kamu adalah siksaan Ku. Aku akan menyiksa siapa saja yang Aku kehendaki melaluimu". Allah berfirman: "Aku gunakan kamu untuk menimpakan bencana terhadap siapa saja yang Aku kehendaki". Allah berfirman pula kepada Syurga: "Kamu adalah rahmat Ku. Aku akan berikan rahmat Ku melalui kamu kepada siapa saja yang Aku kehendaki.
Kedua-dua dari kamu Aku akan isi hingga penuh".
Iktibar & Pengajaran Hadis
Sifat zalim dan takabbur (sombong) adalah sifat keji yang wajib dijauhi
Zalim bermaksud tidak melakukan sesuatu perkara itu menurut ketentuannya. Ia adalah lawan kepada sifat adil iaitu meletakkan sesuatu pada tempat yng sewajarnya.
Takabbur/sombong adalah satu perasaan bahawa dirinya mempunyai kelebihan terhadap orang lain dalam sesuatu perkara seperti lebih banyak ilmunya, lebih banyak perjuangannya, lebih cantik, lebih banyak amal solehnya dan sebagainya.Ia adalah lawan kepada sifat tawadhu' iaitu merendah diri.
Golongan fakir miskin dan lemah adalah lebih mudah memasuki syurga sekiranya mereka sabar dengan kemiskinan yang menimpa dan sentiasa bertaqwa kepada Allah.
Allah Ta'ala memasukkan seseorang itu ke dalam syurga dengan rahmatNya.
Oleh itu, rebutlah rahmat Allah dan redhaNya dengan memperbanyakkan amal kebajikan.
Khamis, 30 April 2009
Perdebatan Syurga Dan Neraka
Label:
Agama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan