Pelakon Ako Mustapha dijatuhi hukuman penjara tiga bulan berkuatkuasa hari ini (21 April 2009) dan denda maksimum RM3,000 atas kesalahan berkahwat dengan seorang jurusolek bukan Muslim, dua tahun lalu.
Ako atau nama sebenarnya Muhaizad Ahmad Mustapha, 36, mengaku salah atas tuduhan berkhalwat dengan Anang Sagunting, 25, pada 27 Jun 2007 sekitar pukul 1.20 pagi di Blok B-2-9, Kondominuim Oakleaf Park, Persiaran Bukit Antarabangsa, Gombak.
Ako dikenakan waran tangkap pada Januari lalu setelah beberapa kali tidak hadir prosiding mahkamah. Bagaimanapun pada 22 Januari lalu, Ako mengaku bersalah atas tuduhan yang dikenakan ke atasnya.
Ako kelihatan terkejut selepas mendengar hukuman yang dijatuhkan ke atasnya oleh Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, AU2 Keramat.
Ako yang hadir berseorangan kemudian dibawa ke sebuah bilik untuk menunggu peguamnya, menfailkan permohonan penangguhan hukuman penjara dan mengemukkan rayuan di atas hukuman altpenjara yang dijatuhkan ke atasnya.
"Kami akan memfailkan hari ini juga," kata peguamnya, Zuri Zabuddin Budiman.
Hakim dalam alasan penghakimannya antara lain menggariskan, Ako seorang pelakon yang dikenali ramai dan menjadi ikutan muda-mudi di dalam lakonan dan di luar lakonan, dan apa yanag dilakukan adalah satu contoh yang tidak baik.
Hakim itu juga mengambil kira perbuatan Ako yang tidak hadir dalam prosiding mahkamah beberapa kali sehingga dikeluarkan waran tangkap. Tindakan tersebut dianggap satu penghinaan kepada mahkamah.
Beliau juga mengatakan tindakan Ako melakukan khalwat dengan pasangan bukan Islam sebagai satu contoh yang tidak baik dan mencemarkan kesucian Islam kepada orang luar. Ako sepatutnya memberikan imej baik sebagai seorang Islam.
Pada prosiding selepas itu, mahkamah kemudian membenarkan penangguhan hukuman penjara menanti kes tersebut dibawa untuk rayuan. Ako dibenarkan ikatjamin RM2,000.
SUMBER : MANGGA ON LINE
Rabu, 22 April 2009
Ako Mustapha dipenjara tiga bulan
Label:
Berita artis
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan