Jika streamyx anda tidak boleh access ke internet,berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil sebelum meminta kakitangan TM datang ke rumah anda. Ya lah kalau sikit-sikit komplen ke 100 dan tunggu TM dayang check mungkin kita terlambat membuat kerja penting sedangkan kemungkinan kerosakan adalah berpunca dari peralatan kita sendiri. Silap-silap kena ambil cuti pulak.
1. Pastikan talian telefon anda mempunyai dial tone. Periksa kabel telefon anda dan pastikan semuanya di sambung dengan betul.
2. Pastikan telefon anda boleh bekerja (boleh dial keluar dan panggilan masuk)
3. Pastikan sambungan di splitter anda betul. Modem disambungkan ke ruangan modem dan telefon disambung ke ruangan telefon. Jangan terbalik. Di splitter tersedia gambar modem dan telefon.
4. Pastikan bayaran bil anda up to date.
5. Periksa modem anda:
- adakah ia telah di "on" kan?
- Lampu DSL menyala dengan tetap dan tidak berkelip-kelip
- Lampu "LAN" menyala, jika tidak periksa LAN AREA CONNECTION anda di control panel networking, pastikan ia "enable" atau periksa sambungan kabel ethernet dari modem ke komputer disambung dengan betul atau kemungkinan Network Interface Card (NIC) rosak.
5.Jika masih tidak boleh access ke internet, cuba sambungkan kabel telefon anda (RJ11) dari modem terus ke soket tanpa disambung ke splitter atau microfilter atau router atau apa-apa peranti lain. Jika lampu "DSL" anda stabil kemungkinan ada kerosakan kepada internal wiring atau peranti-peranti tadi.
Bila perlu panggil perkhidmatan pelanggan TM?
- Jika telefon anda tiada tone.
- Jika lampu "DSL" di modem anda tidak menyala atau berkelip-kelip. Baca popup mesej di komputer anda, jika ada.
- Jika lampu "DSL" modem anda stabil tetapi masih tidak boleh disambung ke internet.
Sumber : BLOG ISUHANGAT
Rabu, 22 April 2009
Melayari streamyx dengan bijak
Label:
Mahir IT
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan