Jumaat, 24 April 2009

15 MINIT SELINGAN Di Pejabat

Melakukan rutin di pejabat setiap hari boleh membosankan. Lakukan beberapa selingan berikut dan pasti semangat kerja akan kembali meningkat. Namun namanya selingan, ia tidak lebih dari 15 minit.

Kudapan
Walaupun sering mengeluh kerna berat badan, anda tidak boleh mengelak dari mengunyah kudapan. Tidak mengenyangkan tapi cara ini efektif utk membuat anda kembali cergas. Pilih kudapan yang sihat spt pisang, epal atau oren.

Mendengar muzik
Lagu boleh menjadi ubat mujarab menghilangkan kebosanan. Putarlah lagu kegemaran di komputer anda. Dengarlah lagu berentak ceria untuk membangkitkan semangat. Dilarang mendengar muzik yg perlahan jika tidak mahu terlena dimeja.

Gosip
Selingan yang paling menarik utk menghilangkan lelah sebentar tentulah bergosip. Segarkan fikiran sejenak dengan mengajak rakan anda berbual di ‘pantry’. Sambil membuat kopi, anda boleh sahaja membincang kisah artis yang dilanda kontroversi panas. Gosip ini juga boleh menambah pengetahuan umum anda.

Berjalan
Cari suasana baru dengan meninggalkan kerja anda. Boleh ke ruang sebelah atau sekadar jalan keluar pejabat.

Membaca
Membaca buku memberi pengetahuan sekali gus dan menghilangkan rasa mengantuk. Jangan membaca novel yang terlalu berat, sebaliknya pilihlah bacaan yang ringan seperti majallah.

Layari internet
Lihat perkembangan akaun anda di Facebook ketika sibuk? Tidak salah sekiranya anda mengambil sedikit masa untuk melihat mesej baru drp rakan-rakan. Jika mahu berborak dialam maya, tunggu sehingga anda menyiapkan tugasan kerja terlebih dahulu.
Sumber : Mingguan wanita

0 ulasan:

 
© free template by Blogspot tutorial