Ada ramai individu di negara kita yg mengalami kesukaran untuk tidur atau lebih dikenali dengan insomnia. Ada beberapa faktor yg mendorong kepada timbulnya permasalahan ini. Bagaimanapun apa yg ingin diutarakan di sini ialah apa yg boleh kamu lakukan untuk mendapatkan tidur yg lebih lena.
1. Jangan makan malam terlalu kenyang
Sebaiknya cuba ushakan makan malam sebelum pukul 7 malam supaya kamu boleh tidur dengan keadaan perut yg tidak terlalu penuh.
2. Kurangkan kegiatan yg memaksa kamu menggunakan otak dan fikiran selepas jam 8.30 malam.
3. Matikan lampu bilik tidur kamu seawal jam 8.30 malam
Jika kamu belum biasa tidur pada waktu ini, anjakkan waktu tidur setengah jam lebih awal setiap minggu sehingga kamu terbiasa tidur tidur pada jam 8.30 malam.
4. Mandi air suam satu jam sebelum tidur
Titiskan minyak aromaterapi seperti lavender, vanilla atau cendana ke dalam air tab mandi untuk membuat kamu lebih rileks. Redupkan lampu dan pasangkan lilin. Jika boleh, pasangkan radio atau muzik yg mendamaikan.
5. Minum air suam
Cuba minum susu atau teh chamomile sebelum masuk tidur. Cara ini memang berkesan untuk mendapat tidur yg nyenyak.
6. Menulis diari
Sebelum kamu tidur alihkan kesemua isi fikiran yg bermain di minda kamu yg sedang bergerak aktif itu ke dalam diari ataupun buku nota harian kamu supaya kepalamu tidak terlalu penuh lagi!
7. Baca majalah atau buku
Jangan pilih novel yg terlalu dramatis atau sarat dengan penghayatan kerana ini akan menyukarkan kamu untuk tidur. Pilih buku yg memberi inspirasi kepada kamu dan apa sahaja bahan bacaan yg ringan serta tidak terlalu padat.
8. Rasakan tubuh kamu
Ketika sudah berbaring di tempat tidur, tutup mata dan rasakan tubuh kamu. Dengan cara itu kamu membawa perhatian ke tubuh badan kamu. Jika ada ketegangan di bahagian tubuh tertentu cuba untuk rileks dan regang2kan sedikit otot2 di bahagian tersebut.
9. Perhati dan dengar nafas hingga tertidur
Tindakan ini boleh membantu dan mengingatkan kamu masih berbaring di tempat tidur. Diam dan hayatilah setiap helaan nafas. Saat itu aktiviti metabolisme berada dalam keadaan perlahan, sama seperti ketika kita tidur nyenyak.
Selamat mencuba…
Sumbangan dari (klik)
Isnin, 9 Februari 2009
RAHSIA TIDUR LENA ……
Label:
Kesihatan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan