Jumaat, 20 Februari 2009

Akum Bermaksud Binatang

Untuk renungan bersama:

Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "Salam" iaitu sama makna dengan Assalamu'alaikum.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan Yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.

"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot" Maksud singkatan "A'kum"

Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan dia guna "Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamu'alaikum.

Semoga ada manfaatnya.

-----------------------------
NOTA:

Orang-orang Yahudi mengucapkan "Shalom" (yang bermaksud 'Selamat Sejahtera') apabila berhubung sesama mereka. Perkataan itu adalah hampir serupa dengan "Salam" yang kita gunakan. Mereka juga gunakan perkataan "Amen" dalam doa, sebagaimana kita menggunakan "Amin". Ini bukan bermakna kita meniru mereka, tapi perkataan-perkataan itu pada asalnya diajarkan oleh Nabi Musa AS kepada Bani Israel. Kami juga minta kerjasama ahli-ahli Megasutra agar tidak gunakan perkataan "A'kum" atau "Akum" atau "Samekom" atau "Semekom" di sini kerana semua itu adalah perkataan sia-sia. Gunakanlah perkataan "Salam" atau lebih lengkap lagi "Assalamu'alaikum" - Admin.
SUMBER : SAGASAMA BLOG

0 ulasan:

 
© free template by Blogspot tutorial