Khamis, 26 Februari 2009

MELAYU KITA


Zaman dulu orang Melayu main takraw dalam bentuk bulatan. Bola takraw tu di timang dan di jaga agar tidak jatuh ketanah.
Tapi sekarang orang Melayu main takraw guna jaring. Kena ada dua pihak. Saling nak jatuhkan bola takraw. Bermacam cara dan tektik untuk mengalahkan pihak lawan. Dengan servis kuda, libas maut, tikam sana, tikam sini, bermacam-macam cara asalkan dapat kemenangan.


Beginilah cara orang Melayu sekarang . Orang Melayu zaman dahulu bergolok bergadai untuk nak dapatkan kemerdekaan.Ada yang bertarung nyawa. Mereka bersatu menentang penjajah. Tapi sekarang Melayu berpecah, bercakaran untuk nak menjatuhkan sesama Melayu.

RENUNG RENUNG KAN.

0 ulasan:

 
© free template by Blogspot tutorial