Khamis, 5 Februari 2009

Pelaburan Melalui Internet ???

Pelaburan adalah satu elemen dalam perniagaan. Mana-mana pelaburan yang hendak disertai mestilah berasaskan kepada syarat-syarat seperti berikut:

i. Ada akad yang jelas.
ii. Tempat pelaburan yang tidak bercanggah dengan hukum syarak.
iii.Tiada unsur-unsur riba.
iv. Tiada unsur-unsur penipuan.
v. Tiada unsur-unsur penindasan.
vi. Tiada unsur-unsur penyelewengan.

Apabila pelaburan memenuhi syarat-syarat seperti yang ditetapkan di atas maka ia diharuskan.

Berhubung pelaburan melalui internet, ia suatu perkara yang memungkinkan berlakunya penipuan dan ini sudah jelas berlaku. Banyak perkara seperti tempat pelaburan, perjanjian keuntungan yang adil, sumber dana, pihak yang mengurus dan pengendali yang tidak dijelaskan secara terperinci dan juga persoalan halal syarie. Inilah yang menjadi sebab mengapa perkara ini menjadi syubhat dan haram..
Sumber : Jakim

-------------------------------------------SANTAI------------------------------------------

Suatu hari dalam sebuah bank ternama, duit seringgit telah bertemu dengan duit lima puluh ringgit.

Duit seringgit pun bertanya "oi...lama x nampak, kemana kau pergi?"

Duit lima puluh ringgit pun menjawab " Aku pergi merata tempat, pergi stadium tengok bola, naik Star Cruise, pergi Kota KInabalu naik Air Asia, lepak One Utama, tengok konsert AF, Malaysia Idol, pergi genting, main bowling, tempat-tempat macam tu la aku pergi, eh...engkau macammana pulak? "

Duit seringgit perlahan menjawab sambil menundukkan kepala " Hmm...biasalah, balik2 tempat sama..surau, masjid..surau masjid.."

0 ulasan:

 
© free template by Blogspot tutorial