Keletihan mata berlaku apabila penggunaan yang kerap seperti memandu, membaca atau bekerja dihadapan komputer pada jangkamasa yang lama atau panjang. Walaupun keletihan mata mengganggu, tetapi ianya bukan satu masalah serius dan akan hilang sebaik anda merehatkan mata.
Antara tip-tip atau untuk mengurangkan keletihan mata semasa bekerja:
-Pastikan cahaya dipancar terus kepada apa yang sedang dilakukan jika melakukan kerja-kerja yang memerlukan penelitian. Gunakan cahaya terang jika diperlukan terutamanya jika penglihatan berkurangan akibat penyakit mata.
-Apabila membaca, cuba untuk tempatkan sumber cahaya dibelakang anda dan pastikan cahaya itu terus kebahab bacaan yang sedang dibaca. Jika membaca di meja, gunakan lampu membaca dihadapan anda. Pelindung lampu meja itu akan melindungi cahaya terus kemata anda.
-Apabila menonton televisyen, pastikan cahaya lampu suram kerana pertentangan antara skrin televisyen dan persekitaran boleh menyebabkan keletihan mata.
-Kelipkan mata untuk menyegarkan mata. Ramai yang tidak tahu kerlipan mata menghasilkan airmata untuk melicinkan mata. Kerlipkan mata dengan kerap.
-Rehatkan mata dengan memfokaskan terhadap benda lain selain dari skrin komputer. Rehat lima minit setiap jam.
0 ulasan:
Catat Ulasan