Khamis, 7 Julai 2011

PETUA MENGELAKKAN KECURIAN KERETA.

1. Kunci pintu dan tutup cermin rapat-rapat
Bila anda keluar dari kereta sama ada sekejap ataupun lama jangan lupa mengunci pintu dan tutuplah cermin kereta sampai rapat. Walaupun benda ni nampak remeh, kecuaian sebegini membuatkan tugas si pencuri semakin mudah a-b-c. Sebagai tambahan, pasanglah alat keselamatan tambahan seperti mengunci stereng dan clutch.

2. Elakkan menyimpan kunci pendua dalam kereta
Sebaik-baiknya carilah tempat lain. Kalau boleh di tempat yang sukar dijangka oleh individu lain. Hanya anda (dan ahli keluarga yang boleh dipercayai) saja yang tahu.

3. Sentiasa mematikan enjin
Kalau anda atau pemandu tidak berada dalam kereta, matikanlah enjin tu. Banyak kes kecurian kereta yang pernah terjadi akibat membiarkan enjin hidup tanpa pengawasan. Lebih-lebih lagi kalau tengah mencari barang kat dalam stesen minyak ataupun beli buah durian kat tepi jalan tu, berwaspadalah . Silap-silap haribulan, tengah panaskan enjin kat rumah pun boleh kena kebas.

4. Jangan simpan barang berharga
Mungkin ramai di antara anda yang menyimpan laptop, kamera digital/dslr, handphone ataupun barangan berharga lain dalam kereta. Elakkan menyimpan barangan berharga di dalam kenderaan kerana mengundang padah.

5. Memasang sistem penggera keselamatan
Kebanyakan anda memang dah pasang sistem penggera keselamatan ni. Apa yang lebih penting, pastikan ianya berfungsi bukan sekadar "action" jer. Jika berkemampuan, anda boleh mendapatkan sistem keselamatan yang lebih efisien. Memang ler pencuri pun semakin bijak dan mampu mengatasi kecanggihan sistem keselamatan ni, namun sekurang-kurang akan melambatkan usaha mereka.

6. Langkah berjaga pada malam hari
Waktu malam ni anda perlulah lebih berhati-hati. Antara langkah berjaga-jaga yang boleh diambil adalah:
a. Letak kereta anda di kawasan yang terang menerang atau sekurang-kurangnya ada lampu jalan.
b. Elakkan letak kenderaan di kawasan sunyi, jauh daripada laluan orang ramai ataupun kawasan hitam (banyak rekod kecurian).
c. Ataupun boleh letak di kawasan yang ada pengawal ataupun atendan. Keselamatan lebih terjamin sikit.

7. Jangan mudah percayai orang yang tidak dikenali
Biasanya anda akan menghantar kenderaan ke bengkel untuk servis ataupun membaikpulih sebarang kerosakan. Kalau anda kenal dengan mekanik tu dan beliau boleh dipercayai, mungkin tak risau sangat. Tapi kalau waktu kecemasan (tetiba jer pulak buat hal), ni yang susah sikit. Terpaksalah cari bengkel terdekat yang tak pernah langsung anda dikunjungi.

Sebaiknya anda pantaulah kerja mereka. Manalah tau kalau-kalau diorang ambil kesempatan. Buat kunci pendua ker, rembat barang berharga dalam kereta ker dan macam-macam lagilah. Lagi satu, jangan senang-senang menyerahkan kunci kat jockey. Bukannya kita nak syak wasangka, tetapi beringatlah sebelum kena.

8. Mengukir nombor pendaftaran kat cermin
Sebagai langkah keselamatan, anda boleh mengukir nombor pendaftaran kat cermin pintu kereta anda. Kalau tak silap, yang gunakan teknik sandblasting tue.

9. Jangan lupa untuk berdoa
Rasanya bab nie kita seringkali terlupa. Pelbagai usaha dan ikhtiar dah kita buat. Maklumlah dah pasang sistem keselamatan canggih-manggih, "lock" sana sini dan siap upah pengawal lagi. Pendek kata, bab "security" memang tip top lah. Tapi masih ada gak yang kena curik. Isyhh...Berdoa dan bertawakal pada Allah SAW.

0 ulasan:

 
© free template by Blogspot tutorial