Melayu semakin layu dan lesu tidak bermaya. Konotasi yang tidak indah dan sedap didengar. Cuba taip “melayu” di Google, pastinya muncul pelbagai laman porno yang aktor utamanya adalah melayu. Dari arak, ke seks bebas, bohsia, gay dan bermacam lagi. Semuanya ada. Kenapakah Melayu moden berkelakuan seperti keldai.
Korupnya moral kalangan remaja melayu bukanlah perkara baru. Sudah lama berleluasa. Arak dan seks bebas dan judi sudah diterima sebahagian daripada budaya orang Melayu moden [kononnya]. Sudah tidak ada malu, segan untuk berpakaian seksi lagi menjolok mata. Sifat malu sudah dicampakkan ke tong sampah.
Rasulullah pernah cakap kalau tiada sifat malu pada manusia akibatnya sangat teruk. Lihat saja pada hari ini apa yang dipesan Rasulullah menjadi kenyataan. Tanpa sifat malu mereka yang Melayu ini bermain nombor ekor, minum arak penuh bangga, kehulu kehilir dengan mengepit pasangan, bertatu dan entah apa-apa lagi. Benar sudah terhakis sifat malu. Tanpa malu, semuanya boleh dipertontonkan kepada umum hatta ‘kerja atas katil’.
Lagi panas aksi seseorang, lagi bangga. Kononnya moden. Moden sungguh dengan haiwan-haiwan yang nyata haram untuk disentuh tapi dibela, ditatang. Agaknya yang haram lagi sedap berbanding halal, itu belum lagi di kira yang berpakaian sendat, ketat, tak cukup kain yang terang menghina Islam. Imej yang bertudung itu bersih, jangan diburukkan dengan perbuatan maksiat kalian.
Dengan meningkatnya kemiskinan moral, bala datang menimpa-nimpa sama ada disedari oleh golongan-golongan ini atau tidak. Atau sedar, tetapi buat tak sedar. Seronok hidup didunia jika tiada sebarang undang-undang yang menghalang untuk berbuat apa sahaja.
Sudahlah melayu mendapat pelbagai label dan gelaran. Meningkatnya gejala seperti ini menambahkan lagi keruhnya keadaan. Islam itu sudah dan bersih tetapi penganutnya membusukkan Islam itu sendiri melalui perlakuan, perbuatan dan percakapan. Seperti pelacur, tanpa maruah mereka melakukan dosa dan noda. Lebih parah lagi mereka berbangga dengan apa yang mereka lakukan.
Benar, umat Islam hari ini terlalu liberal, sudah jauh dari landasan Islam yang sebenar. Lihat sahaja statistik anak luar nikah hasil perhubungan haram yang ‘sedap’. Mundurnya melayu Islam hari ini bukan kerana agama Islam tetapi kerana umat Islam meninggalkan agama hanya pada kulit sahaja. Kita mundur kerana meninggalkan agama, itu hakikatnya.
0 ulasan:
Catat Ulasan