Selasa, 1 Mac 2011

Siti Sarah Dan Shuib Sepah selamat diijabkabul

Selepas bertunang secara diam-diam pada 16 November tahun lalu, penyanyi Siti Sarah Raisudin, 27, dan pelawak kumpulan Sepah, Shahmira Mohamed, 27, atau Shuib akhirnya selamat diijabkabulkan pada 26feb(sabtu) pada pukul 5.45 petang.

Siti Sarah dinikahkan sendiri oleh bapanya Raisudin Hamzah sambil disaksikan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohd. Nizar Mohd. Nadzir di Jeumpa D’Ramo, Bangsar.

Siti Sarah menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 beserta lima dulang hantaran daripada pihak lelaki dengan berbalas tujuh dulang daripada pihak perempuan.. Manakala wang hantaran pula dirahsiakan..

Pasangan itu yang ditemui sejurus majlis akad nikah selesai tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira dan bersyukur untuk menjalani kehidupan berumahtangga selepas lebih setahun bercinta.

"Saya bersyukur apabila bertemu dengan lelaki yang benar-benar memahami diri saya dan bertanggungjawab. Saya akan cuba sedaya upaya untuk menjadi isteri yang terbaik."
kata Siti Sarah.

info : kosmo

0 ulasan:

 
© free template by Blogspot tutorial