Jumaat, 25 Mac 2011

Kebahagiaan Milik Setiap Insan

Indahnya sebuah pertemuan, adakala membuatkan insan sukar untuk melupakannya. Setiap detik waktu akan sentiasa dihargai malah lebih berharga dari emas dan berlian. Lembutnya tutur kata, indahnya bahasa, manisnya senyum sentiasa terpahad dijiwa. Apa jua halangan dan rintangan sentiasa dihadapi dan diharungi bersama.

Namun apabila impian tidak seindah kenyataan, badai datang tanpa keinginan, betawa kecewanya hati, merananya diri, amat menyeksakan hidup setiap insan. Panas yang dijangka hingga ke petang rupanya hujan disubuh pagi. Jika kenyataan takdir Tuhan menentukan siapalah yang mampu menahan.

Sebagai insan yang masih punya nafas, kehidupan perlu diteruskan. Apa jua kata-kata sinis yang mungkin terdengar mahupun tersampai terpaksa diterima dengan keterbukaan minda dan jiwa, namun apa yang pasti, sebagai insan yang lemah masih mampu untuk berdiri di kaki sendiri.

Apalah yang perlu difikir, apalah yang perlu dirisau setiap kejadian banyak hikmah yang tersimpan, biar apa juga kata yang sampai, hanya insan itu sendiri mengetahui dan merasainya, kekuatan dan ketabahan akan menjadi peneman dalam menjalani kehidupan.

Yang pergi...biarlah pergi, biar pun yang datang tak pasti lagi, bahagia adalah hak milik setiap insan yang mengingginkannya, walaupun sendirian.

0 ulasan:

 
© free template by Blogspot tutorial