1. Mengisi jiwa dengan santapan rohani
Santapan rohani selain dari beribadah, berzikir, mengingati Tuhan.. juga termasuk banyak berfikir, bertanya, membaca, mengulangkaji bagi menambah pengetahuan. Makan supplement dengan pengetahuan jauh lebih baik dan berkesan daripada makan supplement buta-buta tanpa pengetahuan. Pengetahuan yang pertama ialah tentang healing crisis – krisis penyembuhan. Tanpa ilmu tentang krisis penyembuhan, seseorang itu dengan mudahnya menyalahkan supplement yang diambilnya sebagai ‘tidak serasi’, ‘tidak berkesan’, ‘buat aku jadi makin sakit’, sedangkan krisis penyembuhan adalah satu petanda yang sangat baik!
2. Sentiasa mencari peluang, bukan alasan
Peluang menjadi sihat tidak datang kepada semua orang. Misalnya penduduk di negara miskin dan kawasan miskin, mereka tiada pilihan. Kebuluran melanda, mereka tentunya tidak boleh memilih untuk makan burger atau makan nasi. Kita di sini mempunyai peluang untuk lebih sihat dan mengamalkan cara hidup yang sihat. Misalnya pengambilan vitamin C dan vitamin E sebagai antioksidan untuk mencegah kerosakan sel hasil dari pencemaran udara. Apabila tersedia vitamin C dan E untuk dinikmati dengan lebih mudah (dalam bentuk supplement), peluang untuk kita hidup lebih sihat semakin cerah.
3. Berhenti menyalahkan
Apabila sesuatu yang tidak diingini berlaku, kita mudah untuk menyalahkan orang lain. Ini bukan saja tidak sihat, malah menjadikan kita nampak bodoh, terutama jika kesalahan itu dengan jelas menunjukkan kitalah puncanya, tapi masih nak salahkan orang. Berhenti! Ambil rasa tanggungjawab itu. Kalau kita menghadapi masalah kerana kurang minum air, akuilah itu kerana kesilapan kita, bukan orang lain. Melainkan kalau syarikat bekalan air menyekat aliran air ke rumah, mungkin kita boleh salahkan mereka.
4. Buat, bukan keluh
Badan sakit, badan penat, badan lesu… Carilah cara untuk mengatasinya. Mengeluh setiap masa tentang kesakitan, kepenatan, kelesuan tidak akan menjadikan anda bertenaga dan sihat.
5. Bergantunglah kepada Allah
Anda mungkin dah habiskan beribu-ribu untuk mendapatkan kesihatan yang optimum, tapi masih juga sakit. Maka kembalilah kepada yang memberi nikmat sihat dan ujian sakit. Seperti yang saya katakan, rohani dan fizikal saling berkaitan. Anda cuma mengambil supplement untuk tubuh, tapi lupa supplement jiwa. Roh kita bukan saja perlukan supplement, tapi makanan2 asas untuknya. Ini tidak, tubuh kita saja yang makan macam2, supplement macam2… tapi roh kebuluran. Pastikan semuanya cukup makan ya.
Insya-Allah, anda akan berasa lebih tenang, lebih yakin dan lebih positif. Yang pastinya dengan berfikiran positif, anda akan berasa lebih sihat!
Khamis, 3 Mac 2011
Bagaimana Untuk Sentiasa Menjadi Positif
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan