Pernah tak terfikir..kenapa kita perlu menangis..adakah seseorang tu menangis sebab manja.. mengada-ngada..atau sebab terlampau banyak air mata..atau suka-suka ja nak menangis.. menangis ada banyak sebab...sebab gembira..sebab sedih..sebab terharu..sebab sakit..dan lain-lain..adakah kita merasakan bahaya menangis ini tidak berguna??? sebab dengan menangis..kita rasa tersiksa..kita rasa sakit..sebelum anda bercakap banyak lagi..mari kita tengok apa kelebihan menangis ni...
1. Membantu penglihatan
Air mata boleh membantu penglihatan seseorang. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang membuatkan penglihatan menjadi kabur.
2. Membunuh bakteria
Tidak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria semulajadi. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria yang ada dari dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteria, hanya dalam 5 minit.
3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis dapat menurunkan tekanan kerana dengan menangis, mood seseorang akan meningkat kembali. Air mata yang dihasilkan dari menangis karena emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna untuk tubuh.
4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari menangis kerana emosional mengandungi racun. Tapi jangan tersalah, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya melalui mata.
5. Mengurangkan stress
Bagaimana menangis dapat mengurangkan stress? Air mata dapat mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.
6. Membina ukhwah
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga membantu seseorang berukhwah. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan kawan-kawan atau seseorang yang dapat membantu, ini akan meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi.
7. Melegakan perasaan
Semua orang rasanya merasa demikian. Meskipun Anda dihujani dengan berbagai macam masalah, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan itu membuatkan seseorang merasa lebih baik dan lega.
Nah lihat betapa banyaknya kelebihan menangis..menangis juga oleh menjadi ubat yang amat mujarab untuk kesihatan tubuh dan akal fikiran..
Ahad, 13 Mac 2011
Kelebihan Menangis
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan