Selasa, 30 Mac 2010

Membazir Masa

Zaman sekarang zaman Facebook. Bagi hati yang lemah, ia sebenarnya satu bahana yang amat merugikan jiwa, hati, pekerjaan dan perniagaan. Kehebatan Facebook atau apa sahaja laman web sosial lain seperti MySpace, Twitter dan sebagainya, atau apa sahaja medium lain seperti blog dan forum Online, pastikan ia tidak mencuri masa untuk kita berproduktviti.

Membazir masa di laman sosial adalah salah satu kesalahan terbesar di abad ini yang dilakukan oleh ramai orang. Gunakan teknologi ini untuk sekadar ruang yang sepatutnya. Tidak perlu berlebih-lebihan.

Kepada yang melakukan Internet Marketing, jangan terlalu bergantungan dengan Facebook. Utamakan juga strategi dan teknik yang lain. Aturkan masa khas untuk ‘bersosial marketing’ di Facebook atau di laman web sosial yang lain. Apa pun, jangan disalahkan laman web sosial tersebut, tetapi salahkan diri sendiri. Gagal merancang, bermaksud merancang untuk gagal.

INFO : orangmelayu.com

0 ulasan:

 
© free template by Blogspot tutorial