Ahad, 28 Mac 2010

Lihatlah Dengan Kasih Sayang

Jika melihat seseorang melakukan kesilapan, lihatlah dengan kasih sayang, lagi-lagi jika mereka saudara seAgama. Jika kita melihat dengan kebencian, itulah titik mulanya masalah di mana:

• Niat ikhlas akan rosak.
• Masalah biasanya tidak akan selesai.
• Mahu selesaikan KERANA benci, bukan kerana ikhlas.
• Membenci bermaksud hati kita sakit.

Melihat dengan kasih sayang di sini bermaksud, kita tidak mahu saudara kita itu terlibat dalam hal-hal yang salah. Kita amat risaukan mereka jika sesuatu terjadi kepada mereka akibat kesalahan yang dilakukan.

Jika kita lihat situasi sekarang, kebanyakan orang melakukan ‘amar makruf nahi mungkar’ atau menghadapi manusia dengan penuh ketegasan. Tegas itu tidak salah, tetapi ada satu kekurangan, iaitu KASIH SAYANG.

Dengan melihat dengan kasih sayang, hati akan tenang, kita tidak akan beremosi, tidak akan memberi komen dengan bahasa yang tidak baik di blog orang lain dan pelbagai lagi kelebihan. Selain melihat dengan kasih sayang, kita juga perlu bercakap, menulis, melawan balas dan mendengar dengan perasaan kasih sayang.

0 ulasan:

 
© free template by Blogspot tutorial