Sabtu, 13 Mac 2010

Cinta Tak Semestinya Bersatu

Adakah anda bosan dengan hidup anda? Terasa ingin membunuh diri? JANGAN…sayang tau kalau tak dapat tengok apa yang bakal terjadi pada anda di kemudian hari. Banyak lagi keindahan alam untuk diterokai.

Salah satu keindahan dalam kehidupan ini adalah percintaan. Alangkah manisnya hidup bila dihiasi dengan bunga cinta yang indah mewangi. Terasa terawang-awangan di langit tujuh. Setiap saat detik berlalu asyik terkenangkan si dia. Apa sahaja yang si dia lakukan pastinya menyenangkan. Sampai kentut pon kononnya wangi..(ceh..ada ka…)

Tapi jangan ingat panas kan sampai ke petang. Jangan ingat air tenang banyak buaya. Begitulah jugak dengan percintaan. Bukanlah setiap masa percintaan itu manis. Kadangkala percintaan itu lebih pahit dari hempedu. Tak semua percintaan akan sampai ke jinjang pelamin, banyak yang tewas di persimpangan jalan. si dia yang suatu masa dulu menjadi pujaan hati, hari ini menjadi seorang musuh ketat, nak pandang mukanya pun terasa sesuatu yang memualkan. Kenapa? Tepuk dada tanya DrCinta.

Kenapa ya? Kenapa percintaan yang dibina dengan asas kasih sayang tidak dapat bertahan? Adakah kerana halangan keluarga? Adakah kerana pihak ketiga? Atau adakah kerana diri sendiri? Terlalu banyak persoalan yang kadangkala tidak dapat dijawab. Tergantung begitu sahaja. Dibiarkan layu menanti mati.

Namun, itulah hakikat percintaan. Ditelan mati emak, diluah mati bapak, dikulum tercekik la pulak..diri sendiri yang mati kang.

Tanya sama pohon, apa sebab goyang, nanti jawab pohon, angin yang bertiup..

info : caricinta.net

0 ulasan:

 
© free template by Blogspot tutorial