Ahad, 6 September 2009

Kenali Keikhlasan Sidia!!

Pernahkah anda digilai lelaki yang begitu teruja dengan diri anda? Sidia yang mencintai anda itu mungkin benar-benar ikhlas namun anda tidak pernah memberi peluang kedua.

Apabila segalanya sudah berakhir, menyesal pun tiada berguna. Bukan seperti sebuah drama,segalanya berakhir dengan kebahagiaan namun dalam dunia nyata, tidak semuanya berakhir penuh kebaikan.

Mengakhiri episode percintaan yang malap, penuh kesayuan dan kesedihan membuatkan anda merana selamanya.

Biarpun pernah menderita, cuba selidiki kenangan yang pernah anda cipta bersama si dia. Mana tau anda mampu mengubah pandangan anda kepadanya.

~Orang yang mencintai anda tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai anda. Yang dia tahu dihati dan matanya hanya anda satu-satunya orang yang dicintai.

~Walaupun anda sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli. Baginya yang penting anda bahagia dan tetap menjadi impiannya.

~Orang yang mencintai anda selalunya menerima seadanya, dihati dan matanya anda selalu yang tercantik walaupun mungkin anda berasa berat badan sudah bertambah.

~Orang yang mencintai selalu ingin tahu apa saja yang dilalui anda sepanjang hari.

~Orang yang mencintai anda akan mengirim sistem pesanan ringkas (SMS) seperti selamat pagi, selamat hari minggu, selamat tidur dan seumpamanya walaupun anda tidak membalas SMSnya.

~Menerusi kiriman SMS itulah, dia menyatakan cintanya dengan cara yang berbeza bukan “aku cinta padamu” tetapi berselindung di sebalik ayat selain kata cinta itu.

~Jika anda amenyambut ulang tahun hari lahir dan anda tidak mengundangnya kemajlis yang diadakan, setidaktidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirimkan SMS.

~Orang yang mencintai anda akan selalu mengingati setiap kejadian yang di lalui bersama, bahkan mungkin kejadian yang anda sendiri sudah melupakannya kerana saat itu ialah saat yang berharga untuknya.

~Orang yang mencintai anda selalu mengingati setiap kata-kata yang anda selalu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang anda sendiri pernah mengungkapkannya.

~Orang yang mencintai anda akan belajar menggemari lagu kegemaran, bahkan mungkin meminjam cakera padat milik anda kerana dia ingin tahu apa kegemaran anda.

~Jika anda kurang sihat kali terakhir bertemu, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan anda.

~Orang yang mencintai anda akan memberi suatu barang miliknya yang mungkin bagi anda sekadar sesuatu yang biasa.

~Orang yang mencintai anda akan terdiam sesaat, ketika bercakap di telefon dengan anda, sehingga anda menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia berasa sangat gugup kerana anda sudah menggegarkan dunianya.

~Orang yang mencintai anda bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

~Orang yang mencintai anda kadangkala merindukan anda dan melakukan perkara yang membuat anda pening kepala. Namun, dia cepat meminta maaf jika tindakannya mengganggu diri anda.

~Jika anda memintanya untuk mengajari sesuatu maka dia akan melakukannya dengan sabar walaupun anda mungkin orang yang terbodoh di dunia.

~Kalau melihat telefon bimbitnya, nama anda akan menghiasi sebahagian besar ruang pesanannya. Dia masih menyimpan SMS anda walaupun ia sudah dikirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun lalu.

~Jika suatu saat anda merindukannya dan ingin memberinya kesempatan, dia akan sedia menunggu kerana sebenarnya dia tidak pernah pencari orang lain.

0 ulasan:

 
© free template by Blogspot tutorial