Trojan, Worm dan Hijacker
o Trojan adalah replika atau salinan virus. Ia dimasukkan sebagai virus kerana sifat program yang tidak diinginkan dan bekerja dengan sendiri pada sesebuah computer dan mengawalnya secara automatic.
o Worm atau cacing internet berfungsi melakukan serangan dan menyebar serta mengambil data dan mengirim e-mail secara diam tanpa diketahui pemiliknya.
o Hijacker pula memasuki fungsi browser computer dan mengawalnya mengikut kemahuannya.
Spyware
o Adalah program yang secara diam masuk ke dalam computer dan bertindak seperti mata-mata seterusnya mengambil data. Pada awalnya, spyware tidak berbahaya kerana berfungsi sebagai mata-mata kepada computer seseorang yang dikunjunginya.
o Namun, ia kini menjadi sebaliknya apabila digunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab yang singgah ke computer dan mencuri data peribadi orang lain.
Adware
o Berfungsi sebagai tapak promosi atau iklan berbentuk banner. Ia juga pada peringkat awal tidak berbahaya, tetapi penciptanya kini mengambil terlalu banyak jalur lebar dan dan menyebabkan sambungan internet menjadi lembap.
o Sekiranya ia memasuki computer terlalu banyak, ia juga boleh menyerang windows.
Browser Helper Object
o BHO adalah virus yang menampilkan link pada toolbar. Umumnya BHO bertindak sebagai mata-mata dan mencatat kegiatan pengunjung internet, disamping menambah pelayar anda dengan toolbar khusus.
Browser Hijackers
o Browser akan dimasukkan link tertentu dan memaksa pengguna memasukinya. Ini bermakna program browser secara tidak langsung telah diserang dan diarahkan ke link tertentu.
Keylogger
o Program yang masuk dan mencatat apa yang pengguna layari dan mengirim data ke server pembuat Malware
Retrospies
o Program Malware yang sengaja mematikan anti spyware
Scumware
o Program yang tidak diingini dan masuk ke dalam computer tanpa izin.
Search hijackers
o Kawalan yang dilakukan oleh sesebuah enjin pencarian browser. Apabila tersalah menulis alamat, program biasanya menampilkan banyak pop up iklan yang tidak berkaitan.
Surveillance software
o Salah satu program yang berbahaya kerana mencatat kegiatan pada sebuah computer termasuk data penting dan kata laluan. Program ini sangat pintar dan mengirim data setelah seseorang selesai melakukan aktiviti.
Thiefware
o Difungsikan untuk mengarah pengunjung web ke web lain yang mereka kehendaki.
Jumaat, 4 September 2009
Virus Komputer
Label:
Mahir IT
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan