Bulan Ramadhan adalah satu bulan yang mulia dan ianya tidak sama dengan lain-lain bulan. Ianya merupakan bulan rahmat, bulan penuh keampunan dan bulan pembebasan dari api neraka. Jadikan bulan ramadhan kali ini lebih baik dari bulan ramadhan yang lalu. Bulan Ramdhan juga merupakan satu bulan di mana pintu-pintu syurga dibukakan kepada umat manusia dan ini bertepatan dengan sabda nabi seperti berikut:
“Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan,
Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!”
Tapi di bulan yang mulia ini juga, bagi budaya masyarakat Malaysia ini kita akan dapat lihat begitu banyak bazar-bazar ramadhan dibuka dan tidak kurang juga banyak hotel-hotel menawarkan pakej berbuka puasa dengan harga-harga yang menarik. Jangan terpedaya dengan tawaran-tawaran tersebut dan jangan mudah sangat membazir di bulan mulia ini. Iyalah di bulan ini nafsu dan segalanya telah dikekang jadi kita yang punya akal dan baik wajar membuat perkiraan yang sewajarnya sebelum menikmati juadah berbuka puasa. Jangan main sebat sahaja! Jika ke bazaar ramadhan pula belilah hidangan dan juadah yang sehat untuk dimakan dan janganlah berlebih-lebihan ini bagi mengelakkan pembaziran. Lagipun membazir itu adalah amalan syaitan.
“Sesungguhnya orang yang boros adalah saudara syaitan, sedangkan syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.”
Rabu, 17 Ogos 2011
ELAKKAN PEMBAZIRAN DI BULAN RAMADHAN
Label:
Agama,
Berita dalam negeri,
Info,
Isu hangat,
media,
Panduan hidup,
Untuk renungan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan