Aidilfitri yang semakin menghampiri yang mana persiapan raya semakin memuncak dengan menghias rumah,membuat atau menempah biskut-biskut raya,membeli pakaian raya, kereta baru,langsir baru, kusyen baru..semuanya nak yang baru.
Satu tradisi menyambut raya yang pasti berlaku setiap tahun ialah BALIK KAMPUNG. Pulanglah ke kampung halaman dengan penuh rasa syukur dan gembira. Pada masa yang sama jangan lupa disiplinkan diri kita dengan mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan.
Balik kampung adalah satu tradisi yang amat baik. Ianya dapat menolong mengekalkan pertalian dan hubungan kita dengan ahli keluarga ibu bapa kita dan saudara mara kita. Dan jika kita benar-benar datang dari kampung, ianya akan ingatkan kita kembali tentang asal-usul kita, kenangan manis masa lampau dan kehidupan kita yang serba sederhana dahulu. Kota dan bandar-bandar akan menjadi sunyi sepi dengan jalanraya yang hampir kosong dan udara yang bebas habuk dan asap.
Tradisi balik kampung ini akan ada yang tidak akan sampai ke rumah. Mereka akan terkorban di dalam kemalangan jalanraya. Hari Raya sepatutnya disambut dengan kegembiraan dan kasih sayang keluarga yang menanti kepulangan kita ke kampung sebaliknya bertukar kepada kesedihan.
Selepas itu pula tiba masanya untuk pulang ke Kuala Lumpur dan sekali lagi akan ada yang tidak akan sampai balik. Banyak usaha yang telah dilakukan Kerajaan Malaysia untuk merendahkan kadar kemalangan maut. Tetapi angka tersebut masih tetap meningkat. Rakyat Malaysia pada umumnya memandu dengan laju. Mereka akan hilang sabar jika kenderaan di hadapan mereka berjalan dengan perlahan. Mereka akan memintas, dan kadang-kadang memotong beberapa kenderaan di hadapan mereka sekaligus.
Ada kalanya kita berhati-hati. Tetapi pemandu lain pula kurang cermat dan akan berlanggar dengan kita dan mengakibatkan kematian. Memandulah dengan perlahan, cermat dan menghormati pemandu lain. Lebih baik tiba ke destinasi lewat sedikit tetapi selamat daripada dihantar ke rumah mayat hospital.
Memandu dengan cermat dan berhati-hati tidak akan merugikan kita. Ingatlah yang kita mungkin jadi yang terkorban di dalam kemalangan yang dilapor tahun ini.
Tolonglah berhati-hati. Pandulah dengan cermat dan jangan memecut. Ingatlah keluarga yang sedang menunggu. Fikirkanlah betapa sedih dan pilunya hati mereka apabila kegembiraan yang dinanti bertukar menjadi kesedihan.
-----------------PANDU CERMAT JIWA SELAMAT------------------
Jumaat, 26 Ogos 2011
BALIK KAMPUNG.
Label:
Berita dalam negeri,
Info,
Isu hangat,
Panduan hidup,
Untuk renungan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan