Riak. Riak ikan di air. Benda yang biasalah kita dengar hari2 kan. Apa maksud riak ni sebenarnya? Maksud riak biasanya dikaitkan dengan perbuatan menunjuk2 di depan orang. Biasa kita dengar, atau kita sendiri kata benda macam ni:
“Aku bukan nak riak..”
“Takmau la buat ni, takut riak pulak”
“Tengok tu, menunjuk2. Riak!”
Riak dari segi bahasa maksudnya memperlihatkan, manakala dari segi istilah ialah melakukan sesuatu bukan kerana Allah. Riak ini adalah sesuatu yang bahaya, maksudnya amatlah kronik sehinggakan ia menjadi kebimbangan Rasulullah SAW, di dalam hadis yang marhumnya,
“Yang paling takuti aku atas kalian adalah syirik kecil” Para sahabat bertanya, “wahai Rasulullah, apakah syirik kecil itu?” Baginda menjawab, “Riak” (HR Ahmad).
Syirik maknanya mensekutukan Allah dengan sesuatu yang lain. Riak menjadi syirik kecil apabila kita menyekutukan Allah dengan makhluk-Nya, iaitu manusia lain. Riak adalah sifat yang berlawanan dengan ikhlas. Bila ikhlas bermaksud kita melakukan sesuatu kerana Allah, maka riak bermaksud sebaliknya iaitu melakukan sesuatu bukan kerana-Nya.
Contoh perbuatan riak ialah:
1. Solat dengan begitu kusyuk sekali supaya orang yang melihat akan berasa “Wow, kusyuknya dia ni solat, mesti alim ni”
2. Bersedekah dengan banyak supaya orang kata “Wow, pemurahnya dia!”
3. Mengaji dengan suara merdu dan tajwid yang betul supaya orang kata “Wow, hebatnya dia mengaji!”
Amat sukar nak ikhlas kan?
Namun, terdapat beberapa perbuatan yang kita tak sedar, ia adalah riak sebenarnya. Contohnya…
1. Kita tidak mahu menderma di depan orang kerana TAKUT ORANG KATA kita nak menunjuk2.
2. Kita sering solat sunat (dhuha misalnya) tapi satu hari kawan kita datang dan kita tinggalkan solat sebab TAKUT KAWAN KATA kita alim sangat.
3. Kita nak cerita kebaikan kita tapi ayatnya “AKU BUKAN NAK RIAK” supaya ORANG yang dengar INGAT yang kita ni memang baik.
Perbuatan di atas tu, boleh jadi tidak riak, bila kita ikhlas. Ikhlas adalah bila…
1. Kita tidak mahu menderma di depan orang kerana TAKUT ALLAH MARAH bila kita merasa ujub bila derma lebih dari orang lain.
2. Kita sering solat sunat (shuha misalnya) tapi satu hari kawan kita datang dan kita tinggalkan solat sebab ALLAH KATA wajib muliakan tetamu, solat dhuha tu sunat je.
3. Kita cerita je lah dengan niat semoga Allah memberi hidayah kepada kita dan yang mendengarnya. Baik ke buruk semua pembalasan dari Allah.
Riak ni sangat tersembunyi. Sebab ia kan satu spesis dengan ikhlas, cuma berlainan arah. Ikhlas adalah perbuatan yang sulit (waduh, kok cakap Indon) untuk dilihat dengan mata kasar, sukar untuk dikesan. Begitu juga dengan riak. Kerana ia melibatkan hati. Kita mana boleh nak tahu hati sesiapa, sedangkan Nabi pun tak tahu. Dalam hati sendiri pun sukar nak dikesan “Aku ni ikhlas ke riak?”
Riak juga boleh jadi bila kita melakukan ibadat kerana sesuatu, contohnya kerana nak lulus periksa, maka solatlah kita awal waktu, siap solat sunat, solat hajat, puasa bagai. Sekali periksa tak berapa nak lulus, terus bungkus semua tu. Siap marah2 Tuhan lagi “Aku semayang hajat semua pun Kau tak beri lulus? Ini tidak adil! Malas semayang!”. Ataupun,periksa dah lulus, so buat apa nak lakukan semua tu lagi kan? Salah ni dik, amal ibadah kita kena ikhlas, bukan sebab nakkan sesuatu. Memangla kita kena ada extra effort kalau mahu something, tapi dia kena ada follow up. Kalau tak dapat, usaha lagi, atau bertaubat, mungkin kafarah dosa. Kalau dapat, bersyukur dan buat la jugak semoga nanti dapat lagi banyak.
Bagi orang kebanyakan seperti saya, riak ni kadangkala disalah faham dengan ujub. Maksud ujub ialah merasakan dirinya lebih dari orang lain. Lebih alim, lebih kaya, lebih pandai, lebih segala-mala la. Dia adik beradik dengan riak, tapi ujub tak semestinya riak, dan riak tak semestinya ujub. Tapi biasanya kalau dah ujub tu mestilah ada riak jugak. Kalau rasa diri alim, mesti la nak tunjuk kealiman kan. Orang mesti pandang aku… paling kuat ibadat, paling pandai mengaji, paling berilmu….
Satu lagi sifat yang ada kaitan dengan riak ialah sum’ah. Sum’ah ialah memperkatakan tentang amal baiknya. Berbeza dengan riak yang meperlihatkan, sum’ah ialah memperdengarkan.
Takbur pula ialah membesar-besarkan diri. Dia jelah yang hebat. Dia jelah yang best. Dia jelah yang ada blog. Eh?
Apa-apa pun semua sifat2 di atas mestilah diperangi, terutama sifat riak, kerana ia adalah sesuatu yang serious. Di akhirat kelak, Allah tidak sudi memandang ibadah mereka yang ada riak, sebaliknya disuruh minta pahala daripada orang-orang yang diriakkan tu. Alangkah ruginya kan? Susah payah solat, sekali Allah tak sudi terima T_T disebabkan kita solat tu sebab nak suruh orang tengok kita macam bagooos.
Susah nak buat kan? Ye lah bukannya kita nampak Allah, dan Dia tu takde nak bercakap2 dengan kita secara direct. Kalau manusia ni, kejap je dapat pujian “Wah baiknya budak ni!”, “Dia ni alim ni” dan kita pun tersenyum2 puas.
Riak adalah sejenis penyakit. Jadi adalah ubatnya. Apakah ubat riak?
-Melakukan sesuatu amal kebaikan kerana suruhan Allah. Bukan kerana pahala, atau pembalasan, atau nak periksa, atau pujian orang atau apa2. Dah Tuhan suruh tu buat aje lah.
-Selalu muhasabah diri.. adakah aku ikhlas? Atau nak tunjuk kat orang je?
-Selalu berdoa semoga Allah tetapkan iman dan jauhi dari sifat2 riak.
-Banyakkan ibadah sunat yang jauh dari pandangan orang.
-Sentiasa bertaubat, beristighfar dan menangisi dosa2.
-Tanamkan rasa cinta kepada Allah dan takut kepada azab seksa-Nya.
Hmm.. berhati2 lah bila kita nak cakap “Aku bukan nak riak” atau “Aku takut riak” adakah kita cakap tu atas dasar riak (sebab nak orang nampak kita baik), atau memang benar2 ikhlas kerana Allah Taala?
by MOMMY LYNA
Isnin, 7 Februari 2011
Maksud Riak Yang Orang Selalu Salah Faham
Label:
Agama,
Info,
Isu hangat,
media,
Panduan hidup,
Untuk renungan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan