Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan, Pada suatu malam si isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, “ayang, period I dah lewat sebulan, tapi I tak boleh nak pastikan lagi sebab kita kena gi check kat doktor”.
Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak memberitahu sesiapa tentang perkhabaran gembira ini sehingga ia benar-benar pasti.
Pada suatu hari pasangan ini didatangi oleh pegawai dari TNB kerana terdapat tunggakan dalam pembayaran bil elektrik rumah mereka. Pegawai TNB pun berkata “Ini rumah En. Mahfus ker?” “ Iya, saya ni isterinya,ada apa Encik”
Pegawai TNB tu pun berkata, “ Puan ni dah sebulan lewat, saya dah x boleh tunggu ni, nanti boss saya marah”.
Dengan nada terkejut, Si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB itu. “APA ???” Macam mana pulak encik tahu saya dah sebulan lewat?”
Pegawa TNB tu pun dengan selamba menjawab, “ Ala puan, ni kan zaman IT, semua tu ada dalam komputer dan kita bolah check online”
Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri itu lagi terkejut. “ APAAA?!! Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuuu???.
Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan “Relek puan, puan ni baru jer lewat sebulan, ada yang lagi teruk, lewat 5 – 6 bulan” .
Si isteri yang terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata, nanti saya bincang dengan suami saya. Lalu pegawai TNB tu pun beredar dari situ.
Keesokan harinya, selepas Si Mahfus ini diberitahu oleh isterinya, dia pun naik berang dan terus ambil cuti dan pergi ke kedai TNB yang berdekatan.
Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yang ramai di situ, dia pun memekik seraya berkata “ Apa korang ni, isteri saya lewat sebulan pun nak heboh2 ke dalam internet, Awak ni semua yang berkeluarga tak pernah lewat sebulan kerrr? Huh!!! Bisness apa korang buat ni? Nak kena saman kerr?!!”
Lalu pegawai yang datang ke rumah Si Mahfus ni berdiri dan mententeramkan keadaan. “ Sabar encik, sabar encik. Apa susah, kalau encik nak settlekan perkara ni, bayar jer…”
Kata-kata pegawa TNB tu membuatkan Si Mahphus naik berang.
“APAAAA?? Nak bayar korang? Belahhhhhh lahhh!! “
Lalu pegawai TNB tu pun cakap “Kalau macam tu kita terpaksa potong lah encik punya….”
Si Mahfus mencelah “ Apa??? Potong??? Abih isteri saya nak pakai apaaaaaa?"
Pegawai TNB tu pun cakap “nampak gayanya….isteri encik kena pakai lilin ajerlaaaaaa”
Rabu, 23 Februari 2011
Lewat Sebulan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan