Rabu, 9 Februari 2011

KEHEBATAN NERAKA

Diceritakan neraka jahanam itu adalah gelap-gelita. tidak ada sedikit pun cahaya. dan mempunyai 7 pintu.
dan di pada setiap pintu terdapat 70,000 buah gunung..pada 70,000 gunung itu terdapat 70,000 buah lereng dari api dan dari setiap lereng itu ada 70,000 belahan tanah yang terdiri daripada api, pada setiap belahannya pula ada lembah dari api..

Diriwayatkan dalam hadis terdapat 70,000 buah gedung daripada api, daripada gedung itu terdapat 70000 bilik api
dan daripada bilik api itu terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala jengking..setiap kala jengking mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor mempunyai 70,000 ruas. pada setiap ruas itu tdpt 70,000 sengat berbisa

Pada hari akhirat nanti, akan dibuka pintu neraka jahannam, maka selepas pintu neraka terbuka
maka keluarlah asap datang mengepung mereka disebelah kiri, lalu datang asap mengepung disebelah depan muka mereka serta sekumpulan asap mengepung di atas kepala mereka dan dibelakang mereka..dan mereka (jin dan manusia). Apabila terpandang akan asap tersebut maka bergetarlah dan mereka berlutut dan memanggil

"Ya Tuhan kami, selamatkanlah"
diriwayatkan sesungguhnya Rasulullah saw bersabda :
"akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka jahannam, dan neraka jahannam itu mpunyai
70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh 70,000 malaikat dan berkenaan dgn malaikat penjaga neraka besarnya ada diterangkan oleh Allah swt dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bmaksud "sedang penjaga nya malaikat-malaikat yang kasar lg keras"

0 ulasan:

 
© free template by Blogspot tutorial