'Siti', S.I.T.I, Siti, nama itu sentiasa meniti dibibir setiap lelaki jantan di kampung aku. Aku juga sudah hafal nama itu, sudah hafal rupa gadis itu, dan dah beribu kali aku "berdating" dengan Siti dalam mimpiku. Nama itu jugalah yang telah menjadikan tiga orang sahabat sejati, iaitu Aku, Tapa dan Bidin angau. Antara Bidin, Tapa dan aku dah tak bertegur sapa lagi. Masing-masing bawa hal sendiri.
Semuanya kerana kehadiran pembantu kedai makan Pak Dol yang cun itu, Siti Nurhaleeda. Bahkan bukan tiga sahabat itu saja, malah hampir kesemua orang kampung tak nak bertegur kerana melayan perasaan terhadap Siti. Begitulah bertuahnya Siti. Lenggok Siti dipandang, body Siti tak puas mata memandang. Bagi kaum ibu pula merasa runsing dengan kehadiran Siti. Mereka takut bermadukan Siti. Maka tak kuranglah pula suri rumah yang mula pasang badan semula untuk menambat kembali hati suami mereka. Suami pula dilayan sebaik mungkin agar suami lekat di rumah. Kalau boleh gam cap gajah nak dilekatkan dibuntut suami agar suami tak keluar rumah.
Begitulah kesannya tentang kehadiran Siti. Sehinggalah suatu hari, seorang lelaki berbadan sasa datang kekampung, di warong pak Dol, ia terhenti. Mungkin dia terpegun dengan suasana dalam kedai yang penuh dengan umat manusia laksana ada kenduri. Aku pada ketika itu sedang menikmati Kopi O yang dihantar oleh buah hatiku, Siti. Kalau boleh nak ku habiskan sekali tegok saja, tapi apakan daya kopi tu panas. kalau tak, bolehlah aku order lagi sambil menatap wajah ayu Siti."Boleh aku duduk sini?" lelaki itu bertanya kepadaku. "Silakan " jawabku ringkas sambil menjeling kepada pemuda tersebut. kalau nak banding dengan aku, ternyata dia lebih hansem dan macho dari aku.
"Saudara nak minum apa?" aku bertindak sebagai pelayan pula, takut aku nanti kalau Siti datang menanya dia tergoda pulak dengan kehenseman pemuda tersebut. "Teh Tarik" jawab pemuda itu ringkas. Aku bergegas mencari Siti di dapur untuk menyatakan hajat pemuda itu nak minum air teh. Pemuda itu memperkenalkan dirinya sebagai Adika dan menceritakan tujuannya datang kekampung ini iaitu untuk mencari adiknya. Belum pun sempat aku menanya tentang adik Adika, Siti datang melenggok menghantar teh. Kelihatan Siti agak terkejut memandang Adika dan cawah teh jatuh berderai ke lantai. "Ooooo, sini ko rupanya, "Jerkah Adika. Siti terketar melarikan diri ke dapur. Orang ramai pula tertumpu ke meja aku dan Adika. Ada yang memandang tak berkedip mata kearah Adika dan ada yang menggenggam penumbuk. Maklumlah buah hati di usik orang. Masing-masing nak tunjuk hero.
Adika menenangkan keadaan dan berkata yang Siti itu adalah adiknya. Aku tersenyum bangga kerana akulah lelaki pertama berkenalan dengan abang Siti, mesti saham aku naik. Tapa dan Bidin memandang kearah aku, mungkin sedikit kecewa kerana aku mendahului mereka mengenali abang Siti. Tanpa segan silu aku membahasakan diri sebagai adik dan memanggil Adika abang dan menyatakan hasrat aku untuk menyunting Siti. Jawapan ringkas dari Adika ini membuatkan aku rasa bagai dihempap pokok ketapang, malah aku yakin seluruh penduduk kampung lelaki berperasaan demikian.
"Ko nak jadi umat nabi Luth ker? Siti tu sebenornya jantan, nama dia Leman, tapi suka jadi pompuan".
Begitulah kata kata keramat yang mempunyai unsur sihir yang menyebabkan semua penduduk kampung seakan menjadi batu. Semuanya terkedu, semua harapan hancur bagai kaca terhempas ke batu!
Khamis, 6 Mei 2010
pembantu kedai makan Pak Dol
Label:
Cinta,
Humor,
Untuk renungan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan