Khamis, 20 Mei 2010

Kes Cerai Kerana Serai...

Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri.
Satu petang yang hening, aku (bukan nama sebenar) duduk berehat-rehat di balkoni rumah sambil mengusha body anak-anak dara yang lalu lalang.
Sementara itu anak ku yang berusia 3 tahun sedang bermain-main di ruangan tengah, aku lihat dia tersenyum seorang diri.
Apalah yang dia fikir agaknya. Isteri? Ada kat dapur nun, memasak. Betapa bahagianya famili aku ini.
Isteriku memang cukup rajin memasak, anak-anakku pulak petah berkata-kata menghiburkan kami sekeluarga.
Alahaiiiiiiiii!! Aku senyum sorang-sorang dek bangga memiliki famili ni.

Tengah aku dok senyum, tetibe anak aku datang. ‘Abah… Mak nak cerai…’
Aku tersentap, mataku automatik berpinar. Anak-anak dara yang lalu lalang, kelihatan macam nenek yang sedang bertaichi.
Tetiba je nak minta pepisahan??? Aku ni bukanlah insan yang lemah. Segalanya cukup baik dari segi nafkah zahir, nafkah batin, sume dah bagi kat bini aku tuh.
Rumah yang aku duduk skang ni pun aku tumpang aje. (Dia yang beli, so dia ler yang bayar. Hehehe!!) Pas tu kereta yang kat depan rumah tu memang aku habis bayar pun khas untuk dia (Perodua Kancil 660 tahun 1999) Hape lagi yang kurang?? Dengan panas Kepala, aku terjah dia kat dapur.

“KIAH, APO KUGHENYO KASIH SAYE ABE KO MU? APO ABE LO NI DOK COMEY LAGI KO?? SAMPA HATI MU BUAK LAGU NIH…”

“Ape nie Bang?? Susah sangat ke nak bagi?”

“KIAH!! MU JANGE NOK UJI”
“Iyelah. Kalau berani buat lah…”

“KIAAAAAAAAAAAH!! MU MELAMPAU!”
“Kaki aku dah mengeletar, peluh menitik-nitik, hidung aku kembang kempis, kat telinga plak dah terdengar-dengar lagu Anang Hermansyah. Jari-jemari plak sejuk membeku. Sanggupkah aku ucapkan perkataan itu???”

“Iyeeeeeeee. Buatlah Abang oiiii. Saya nak masak gulai ni. Gilah ambik serai tu cepat. Boboi tak cakap kat awak ke??”

“HAH SERAI??????? Bertuah punyer anak... Pelat.... “

Ceyai vs cerai...
Be careful ngan bahasa anak anda...
Jangan biarkan hidup anda diselindungi Misteri.gelakguling
tension
(terlupa copy dari mana)

0 ulasan:

 
© free template by Blogspot tutorial