Dalam dunia internet bermacam-macam laman web yang dapat di layari,yang mengandungi artikel, gambar, blog, komunikasi dan banyak lagi. Menggunakan internet amat mudah dan menjimatkan masa. Informasi yang diingini akan dapat dalam sekelip mata.
Bagi memastikan kegunaan dan pencarian anda berkesan, di sini beberapa tip yang boleh diikuti :
1-Internet Explorer dan Mozilla Firefox. Dua pelayar ini ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Namun bagi mereka yang selalu mengakses internet akan menyatakan Mozilla lebih baik kerana menawarkan carian pantas dan mesra pengguna.
2-Enjin Carian. Yang popular tentunya Yahoo dan Google. Enjin carian ini menawarkan maklumat kelaman web yang anda mahu secara masukkan kata kunci. Carian Google lebih tepat dan meluas berbanding Yahoo. Namun mana-mana sekali pun akan memberi anda apa yang ingin cari(jika kena caranya)
3-Mencari. Tip untuk mencari dengan lebih baik dengan memasukkan tanda ‘+’ misalnya anda ingin mencari lagu Jason Mraz, Lucky . Taip Jason Mraz+Lucky dan enjin carian akan menyenaraikan laman web yang berkaitan dengan pantas dan tepat. Untuk cari imej, lebih mudah menggunakan butang imej yang disediakan. Hanya imej yang terpapar, bukan laman web.
4-Bookmark. Fungsinya adalah untuk menyimpan laman-laman web yang selalu anda kunjungi atau bakal yang akan anda kunjungi lagi.
5-History- Menayangkan laman-laman web yang pernah anda kunjungi. Tip keselamatan ialah padam atau delete laman web penting bagi mengelak orang lain mengaksesnya.
6-Cari makna. Untuk mencari definisi atau makna dalam internet mudah sahaja. Taipkan define: (perkataan yang hendak di cari) contoh define:blog
7-Back dan back lagi. Untuk mempercepatkan back ke web sebelumnya, gunakan tanda anak panah bersebelahan butang back. Ianya memberi anda 5-10 laman web yang anda lawat sebelumnya.
8-Hantar muka web kepada rakan. Senang caranya, kirimkan muka web menerusi emel. Pengguna IE boleh klik File-Send-Page by emel. Pengguna firefox klik File-Send Link.
9-Elak klik sesuka hati. Klik sesuka hati akan mengakibatkan kemusnahan yang ‘menyakitkan’ Anda boleh terkena spam, malware dimuat turun ke pc anda secara otomatik.
Sumber ; Majalah PC
Rabu, 13 Mei 2009
Tip Guna Internet
Label:
Mahir IT
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan