Jumaat, 15 Mei 2009

Santai sejenak

KISAH SATU
Tijah berjalan-jalan di kotaraya untuk mengubat hatinya yang lara. Entah macammana disebabkab asyik sangat melayan fikirannya, Tija terlanggar seorang pelancong dari Amerika. Lelaki Mat Salleh itu memandang ke arah Tijah.

Tijah : I'm sorry! I'm sorry!
Pelancong :I'm sorry too.

Tijah kelihatan amat bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan oleh lelaki Amerika itu. Dia meneka-neka dan terus menjawab...

Tijah : I'm sorry, three.
Pelancong :Hey....what are you sorry for?
Tijah : I'm sorry five!

KISAH DUA
Sewaktu menanti giliran untuk mengeluarkan wang di bank, Mr.Bean tiba-tiba menangis setelah mendapat panggilan telepon. Pelanggang yang berada dibelakangnya kehairanan, lantas bertanya, "Kenapa awak menangis?"
Jawab Mr. Bean,"doktor telepon saya, mak saya baru meninggal. waaa..."
Pelanggang tadi menenangkan Mr.Bean. Seminit kemudian Mr.Bean menerima panggilan telepon lagi. Kali ini dia meraung lebih kuat sampai semua orang yang berada dalam bank tercengang-cengang.
"Kenapa awak menangis lagi?" tanya pelanggang yang berada dibelakangnya tadi.
Jawab Mr.Bean, "Adik saya telepon, mak dia meninggal juga...baru sekejap tadi..waaaa!!"

0 ulasan:

 
© free template by Blogspot tutorial