KUALA
LUMPUR – Arif Alfian Rosli, bekas pelajar Malaysia jurusan perubatan di
Ireland enggan mengulas berita yang dia telah melangsungkan perkahwinan
dengan seorang lelaki warga asing.
Arif Alfian yang
dihubungi media Ireland, IrishTimes.com, menegaskan bahawa dia masih
lagi seorang penganut agama Islam, tidak memeluk mana-mana agama lain
dan kekal sebagai seorang muslim sehingga ke akhir hanyatnya.
“Saya tidak memeluk agama lain, apa yang dilaporkan sangat bertentangan
dengan hakikat sebenar.
Saya
dilahirkan sebagai Muslim, saya masih seorang Muslim dan akan kekal
Muslim sehingga saya meninggal dunia. Tiada apa yang mampu menggoncang
keimanan saya,” katanya kepada media tersebut hari ini.
Arif
Alfian juga menjelaskan bahawa dia sudah beberapa tahun tidak
menghubungi ibubapanya di Malaysia ekoran satu perselisihan faham
antara mereka, namun mengaku kerap menghubungi adik beradiknya yang
lain.
“Saya ada sedikit salah faham dengan ayah saya pada tahun 2009…sehingga
saya dilaporkan hilang, saya masih tidak berhubung dengannya, tapi saya
sering berhubung dengan anggota keluarga yang lain,” katanya lagi.
Bapa Arif Alfian, Rosli Harun, 56, baru-baru ini memohon pertolongan
dari akhbar Utusan Malaysia untuk mencari anaknya yang dikatakan
‘hilang’ setelah pencariannya menemui jalan buntu.
Memburukkan
lagi keadaan, anaknya juga dikatakan telah berkahwin dengan seorang
lelaki warga asing dan beberapa keping gambar serta video perkahwinan
songsang itu turut tersebar di internet, termasuk salah satunya di lama
web bigayweddingproject.com.
Majlis perkahwinan sejenis itu dipercayai berlangsung dalam sebuah
gereja di luar negara dan Arif Alfian digambarkan memakai baju Melayu
berwarna hitam, lengkap bersamping serta tanjak berwarna emas.
Pasangannya yang dianggarkan berusia lewat 30-an pula mengenakan busana
sut lengkap warna hitam yang biasanya dipakai ketika majlis perkahwinan
masyarakat Barat.
Arif Alfian ketika dihubungi media Ireland turut menafikan dakwaan
dirinya ‘hilang’ dan menegaskan dia kini telah bermigrasi di Ireland
secara sah.
“Saya tak hilang. Pihak berkuasa Ireland tahu saya tinggal secara sah
di negara ini (Ireland). Kedutaan Malaysia juga tahu dan sedar mengenai
saya yang tinggal secara sah di sini,” katanya lagi.
Selain itu, Arif Alfian juga menjelaskan bahawa dia secara tidak
sengaja menarik perhatian masyarakat umum dan tidak mahu mencetus
kontroversi atau masalah, khususnya terhadap keluarganya di Malaysia.
info :http://mynewshub.my/
Rabu, 21 Disember 2011
Arif Alfian Rosli
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan