Ramai yang dah tahu bagaimana untuk menjaga PC supaya ianya tahan lama, selamat dari jangkitan virus, laju dan tidak bermasaalah. Pada yang baru mengenali dunia komputer disini ada sedikit panduan untuk penjagaan PC:
Langkah 1 : Kenalpasti Sistem Anda
1. Buat inventori sistem komputer anda – catat
nombor siri dan nombor model.
2. Kenali konfigurasi sistem dengan
terperinci.
Langkah 2 : Sediakan Disket ‘Boot’ untuk waktu
kecemasan (Sebagai backup)
Disket nie berguna semasa anda ada masalah
capaian kepada hard disk.
Langkah 3 : Uruskan hard disk secara teratur
1. Defragkan hard disk : Suggestion guna software smartdefrag
a. Setiap enam bulan sekali.
b. Setiap kali membuat atau menghapus
sejumlah besar fail dalam satu jangka
masa pendek.
2. Scankan hard disk :
a. Setiap bulan
b. Setiap kali komputer anda crash/hang
secara tiba-tiba.
3. Bersihkan pc anda dari file2 yang tak diperlukan seperti di recycle bin, cookies, temporary internet file. Guna software seperti ccleaner. Download disini –> ccleaner
Langkah 4 : Simpan fail dengan teratur
1. Tujuan :
a. Memudahkan proses menghapuskan
fail/data yang tidak diperlukan lagi.
b. Mengelakkan fail/data yang penting
dihapuskan secara tak sengaja.
Langkah 5 : Buat salinan fail/data
1. Buat salinan pada fail-fail yang penting ke
dalam disket, cd atau hard drive tambahan.
2. Buat salinan data seminggu sekali dan buat
secara lengkap enam bulan sekali.
Langkah 6 : Jauhkan virus
Gunakan program-program antivirus yang
ada sekerap mungkin. Sekurang – kurangnya guna antivirus yang free.
Langkah 7 : Jangan ubah program di dalam sistem Windows
Elakkan daripada mengubahsuai sebarang
program yang diinstall ke dalam sistem
Windows sama ada menukar nama direktori
program atau memindahkan fail ke tempat
lain.
Langkah 8 : Jaga kebersihan komputer
Bersihkan komputer anda setiap saat
daripada habuk dan kekotoran kerana debu
dapat merosakkan komponen di dalam
komputer.
Langkah 9 : Gunakan prosedur yang betul
apabila menghentikan komputer
Shut down betul-betul komputer anda. Kalau shutdown tak betul ia akan mengakibatkan kerosakan pada komputer.
info : makmal komputer
Ahad, 23 Januari 2011
Tips Penjagaan PC
Label:
Berita dalam negeri,
Info,
Mahir IT,
media
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan