Antara negara yang telah bertindak menyekat facebook dari akses internet mereka adalah Pakistan dan Bangladesh. Kedua-dua negara ini bkn menyekat di atas sentimen anti-semitis (memandangkan pencipta facebook adalah dari darah Yahudi) tetapi ianya disekat disebabkan gerakan anti-facebook yang terdiri dari pelbagai lapisan yang menuntut sekatan serta merta setelah facebook membenarkan dan menggalakan kumpulan tertentu melukis dan menghina karikatur Nabi Muhammad.
Inisiatif bagi memberikan satu alternatif lain yang hampir sama kepada facebook telah dicipta oleh 6 orang anak muda IT professional berasal dari Lahore, Pakistan. www.millatfacebook.com bukanlah terlalu asing setelah berjaya mendapatkan sekurang-kurangnya 4,300 orang barat yang menganut agama Islam. MFB (singkatan bagi lama tersebut) walaubagaimanapun masih mempunyai kekurangan dari segi penyambungan ke talian FB bagi menghubungkan rakan2 dari FB serta masih belum mampu untuk menyediakan permainan (games) seperti FB. MFB menawarkan perkhidmatan email, perkongsian gambar dan video, chat dan juga forum perbincangan. Pengasas MFB memberi jaminan usaha untuk memperbaiki perkhidmatan MFB akan sentiasa dilakukan.
Sumber: http://business.rediff.com/
Sabtu, 29 Januari 2011
Pakistan membuat klon facebook
Label:
Berita dalam negeri,
Info,
Isu hangat,
Luar negara,
Untuk renungan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan