Akhir Zaman Masjid Bukan lagi Tumpuan Berbuka Puasa.
Dewasa kini dengan kemewahan rezeki yang melimpah ruah, ramai umat Islam lebih suka berbuka puasa di rumah , direstoran, diwarung tepi jalan atau di hotel berbanding dengan di masjid.Kalau yang datang kemasjid pun walau pun tidak semua tetapi semata-mata memenuhi undangan moreh.
Dimanakah perasaan umat Islam ingin memakmurkan masjid? Apakah makanan di masjid tidak selazat atau sesedap rasa dengan hidangan dihotel yang buffet berbuka puasanya pun ada yang melebihi RM 100.00 !! Dengan wang sebanyak itu boleh mengisi makanan untuk sekurang-kurangnya 10 orang anak yatim dirumah anak yatim atau orang tua di rumah kebajikan masyarakat dengan anggaran seorang berbelanja sebanyak RM 10.00
Sampai terasa lari dengan konsep ibadah berpuasa yang antara matlamatnya ialah menghayati penderitaan insan yang fakir dan miskin! Juga menghayati penderitaan umat Islam seperti di Palestin dan di Iraq .Kerana dengan adanya penghayatan ini, barulah terasa hebatnya ibadah berpuasa. Kearah melahirkan keinsafan dan kesyukuran pada Illahi akan nikmat yang dikurniakanNya kepada hambaNya di muka bumi ini! Juga kearah rasa kehambaan pada Illahi.
Sebab itu digalakkan berbuka puasa di masjid. Yang makanan utamanya ialah memakan buah kurma dan seteguk air kosong.Mengikut sunnah nabi.Dan bagi yang mampu sekadar menambah kuih muih dan sedikit air manisan sebagai penyedap makanan.
Dan selepas berbuka puasa barulah digalakkan sembahyang berjemaah solat maghrib. Jadi mendapat kebaikan berbuka puasa dan bersolat jemaah serta beriktikaf dimasjid sementara menunggu waktu berbuka puasa.Dan selepas makan antara 2 hingga 3 minit diteruskan bersolat maghrib secara berjemaah. Dan selepas solat barulah diteruskan tambahan makanan sekadar yang perlu sahaja.
Tetapi keadaan ini berlainan dengan umat Islam pada akhir zaman terutama di Malaysia. Ramai yang lebih suka berbuka puasa di restoran, warung-warung tepi jalan dan bagi yang mampu lebih gemar buffet berbuka puasa di hotel yang menawarkan lebih dari 100 hidangan makanan. Tidak kurang juga yang berbuka puasa di Kenny Roger atau KFC atau Mc Donaldyang belanjanya melebihi dari kemampuan rakyat kelas bawahan!
Sudah tentu mereka akan makan dengan sekenyang-kenyangnya bagi memenuhi hawa nafsu perut yang berlapar pada siang hari. Masa untuk menghabiskan makanan biasanya antara 20 hingga 30 minit. Lepas itu baru nak bersolat apatah lagi yang makan direstoran atau warung tepi jalan memerlukan masa tambahan 10 minit untuk mencari tempat beribadah.
Cuba bayangkan dalam keadaan kekenyangan dan hampir lewat bersolat , masih ada lagikah rasa kekusyukan dan kelazatan berpuasa dan bersolat pada Maha Pencipta? Ingatlah rezeki yang Allah beri bila-bila masa pun boleh ditarik balik.
Kalau hidup di dunia ini setakat nak memuaskan hawa nafsu samada dari segi hubungan kelamin atau makanan, samalah kita dengan makhluk haiwan! Sebab itu dari makanan, berbagai-bagai penyakit pun datang! Sebab kurangnya rasa bersyukur pada Allah ! Kalau kita tahu bersyukur pengisian dalam perut kita hanya sekadar 1/3 makanan, 1/3 minuman dan yang selebihnya untuk keperluan bernafas!
Sama-samalah kita renungkan apakah amalan pemakanan kita kearah melahirkan insan yang bertaqwa atau menyamakan kita dengan haiwan? Tepuk dada tanya iman! Sementara duit masih banyak boleh lagi menggunakan kad kredit, tapi kalau rezeki Allah nak tarik, bolehlah menunggu hutang kredit yang bertimbun-timbun.
Khamis, 5 Ogos 2010
Sempena hampirnya bulan Ramadan
Label:
Agama,
Info,
Isu hangat,
Panduan hidup,
Untuk renungan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan