Khamis, 22 April 2010

Penangan cinta warga Afrika

Seorang janda yang juga seorang pegawai bank mengenali si boyfren sejak setahun lalu kini terseksa apabila wang simpanannya lesap dilarikan.

“Sejak bercerai, hati saya seolah-olah tertutup bercinta lagi, namun apabila menemui Youssof yang berusia 10 tahun lebih muda daripada saya, hidup saya lebih bermakna. Youssof mendakwa datang ke negara ini sebagai pelajar.. Apabila bercinta, semuanya indah hingga saya sanggup berkorban apa saja untuk dia termasuk melayan nafsunya serta memberikan wang ringgit,” katanya yang mula meminjamkan RM3K setelah sebulan berkenalan.

Si boyfren itu juga selalu mintak pinjam duit untuk buat bayar sewa sebuah kondo di ibu negara yang di jadikan lokasi mereka memadu asmara. Azie berkata, kali terakhir dia pinjamkan duit RM26K kepada boyfrennya yg mendakwa kesempitan wang untuk membiayai yuran pengajiannya ialah bulan lalu. Sejak itu, Yousoff gagal dihubungi dan rumah sewanya juga kosong.

“Wang simpanan lebih RM80K habis diserahkan kepadanya sedangkan ia sepatutnya digunakan untuk pengajian dua orang anak saya yang masih bersekolah,” katanya yang membuat laporan polis kerana ditipu.

Di metro ahad, mengenai seorang wanita yang sudah bercucu bukan saja lebur lebih RM600,000, malah tergamak mengheret suaminya yang menghidap penyakit angin ahmar ke mahkamah untuk menuntut cerai selepas angau dek panahan cinta palsu playboy warga Afrika.

Lombok dan Afrika???nerd

0 ulasan:

 
© free template by Blogspot tutorial