Mengapa perlu risau jika wang dapat membeli segala- galanya, dan mengapa perlu bersusah payah jika wang boleh menyelesaikan masalah cinta anda. Adakah anda perlu risau lagi apabila anda rasakan anda sudah miliki hampir semua keinginan dan impian anda dengan wang?
Mari sama- sama sedar bahawa…
“Wang bukan segala-galanya tetapi, segala-galanya memerlukan wang”
Hampir semua masalah di dunia boleh diselesaikan dengan wang ringgit. Namun, tanya diri anda, adakah hubungan cinta anda mampu dibeli dengan wang ringgit? Adakah setiap permasalah cinta anda perlukan nilai wang untuk menyelesaikannya?
Adalah tidak sihat apabila pehubungan cinta anda yang bertahan disebabkan wang ringgit dan kebendaaan semata- mata. Bayangkan, untuk memujuk pasangan anda yang merajuk anda perlu belikan sesuatu yang berharga untuknya. Memang pembelian hadiah adalah salah satu cara untuk memujuk pasangan anda yang merajuk tetapi, jika setiap kali pujukan memerlukan wang anda untuk memberli hadiah adakah perkara ini sihat?
Jika tiada hadiah maka hubungan cinta putus. Jelas sekali keadaan ini membuktikan hubungan cinta bertahan disebabkan nilai wang dan kebendaan. Hubungan cinta seperti ini perlu diperbakai secepat mungkin sebelum menemui jalan buntu yang mendorong ke arah perpisahan. Selamatkan hubungan cinta anda selagi masih sempat.
Salam Cinta dan Kejayaan!
sumber : senicinta.com
Isnin, 26 April 2010
Cinta dan Wang Ringgit
Label:
Cinta,
Panduan hidup,
Untuk renungan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan