Kita sering menerima surat-surat berantai dari SMS, Emel, mesej dari rangkaian-rangkaian sosial seperti frienster,tagged,yahoo 360, my space dan sebagainya. Mesej ini juga disebarkan di masjid-masjid dan juga di tempat-tempat awam. Alasannya untuk menyebarkan dakwah kepada masyarakat.
Antara isi surat-surat yang biasa tersebar tentang hal Ugama Islam seperti kehadiran hari kiamat yang semakin dekat, manusia yang semakin lalai dan sebagainya. Surat itu akan meminta pembaca menyebarkan kandungan isi surat itu, jika tidak dilaksanakan pembaca itu akan ditimpa bala atau musibah seperti mati dalam keadaan yang aib, muflis dan sebagainya.
Kita sudah pun mempunyai kitab Allah dan sunah Rasul yang sudah pun memuaskan untuk dijadikan pedoman. Allah berfirman yang bermaksud “…pada hari ini telah ku sempurnakan untukmu agama mu, dan telah Ku cukupkan nikmat Ku atas kamu, dan telah Ku redhai Islam agama mu…”(Al Maaidah: 3).
Tidak ada perintah bahawa orang yang membaca Al-Quran dan Sunah Rasul harus menulis semula(copy) dan menyebarkan pada orang lain, jika tidak menunaikan akan terkena musibah.
Kalau Al-Quran dan Sunah Rasul tidak begitu maka bagaimana pula dengan surat(wasiat) yang penuh khurafat itu? Ini merupakan sesuatu yang tidak mungkin dibenarkan oleh orang Muslim yang memahami Islam.
Untuk kupasan lebih lanjut..baca imej yg terpapar dari Ustazah Dato’ Siti Nur Bahyah Mahamood. (klik gambar itu utk paparan lebih jelas)
0 ulasan:
Catat Ulasan