Seiring dengan sambutan ramadan yang telah pun menjelma bersama amalan-amalan dibulan mulia ini aku menjadi semakin merinduimu. Tersangat rindu. Teringat kenangan-kenangan lampau yang membawa hati ini terhiris...pedih dan memilukan. Bukannya aku kecewa dengan cinta ini tapi kemana diri mu menghilang. Sekian lama aku menunggu dan terus menunggu tanpa rasa jemu.
Berderai airmata dimalam hari,
Bertitisan diatas Al Quran;
Pedihnya rasa hati ini,
Menanggung rindu tak tertahan.
Di tepian pantai.. mataku merenung jauh mencari kenangan-kenangan lama yang membuat ku tersenyum, membuatkan ku menangis dalam hati, kekadang hati ku berdegup kencang, apakah kau sudah tiada di muka bumi ini..? Allah Huakbar..aku pasrah dengan ketentuan ini.
Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong tunjukkan;
Apakah hidup inikan terbiar,
Ketandusan kasih yag kuharapkan.
Setiap detik..setiap saat dihati ini tidak pernah lekang menyebut nama mu, mendoakan dirimu, agar perjalanan hidup mu bahagia sentiasa, kerana kelmarin kau datang dalam hidupku penuh dengan keindahan, penuh dengan kedamaian, di sulami dengan bebunga mekar mewangi, bersinar memancar kepelusuk ceruk, bepusing-pusing aku menangisi kegembiraan itu.
Panas terik mencengkam jiwa,
Tembus menusuk kehulu hati;
Kini aku merenung masa,
Kerana jiwa dan hatiku kau pateri.
Kemana saja ku pergi..aku pergi membawa bersama cintamu ini...kerama aku takut kau kan pergi...aku pernah berseru pada langit..meminta pada bayu agar sampaikan rindu hatiku yang tiada tertahan ini. Aku sentiasa menunggu hujan datang...kerana ku tahu titisan hujan adalah titisan airmata rindumu.
Setangkai padi tunduk beisi,
Sejambak bunga kembang mekar;
Tak sanggup ku tempuhi hari,
Kurasakan teramat sukar.
Dari Pasir Mas ke Kuala Kerai,
Singgah di Machang untuk membeli;
Rindu mendatang airmata berderai,
Setia menunggu dikamar sepi.
-------------------------------------------
Khamis, 11 Julai 2013
RinDu PaDa Mu.
Label:
cerpen dan puisi,
Cinta,
Panduan hidup,
Untuk renungan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan