Tahukah anda, ada hukum yang mengatakan haram memakan
roti telur dan murtabak ni? Kenapa haram pula?
Apabila penebar roti
canai tadi memegang telur yang tidak dibasuh tadi, menyebabkan tangan penebar
tadi bernajis, dan terus menggaulkan dengan tepung, dan secara langsung telah
menggaul najis dalam roti canai ataupun murtabak.
Dinasihatkan juga kepada ibu tukang masak dan sesiapa
sahaja, apabila hendak menggunakan telur dalam masakan, hendaklah membasuh
telur terlebih dahulu. Perkara ini sangat penting kerana makanan akan menjadi
darah daging kita, jika darah daging kita dari sumber yang haram maka
menyebabkan hati jadi gelap, malas buat ibadah, anak-anak menjadi nakal, mudah
melakukan perkara yang dilarang agama, doa tidak diterima dan banyak lagi kesan
makan dari sumber yang haram.
Dalam sebuah kisah yang terkenal. Suatu hari Saad bin Abi
Waqqas bertanya kepada Rasulullah,
“Ya Rasulullah, doakan aku kepada Allah agar aku
dijadikan Allah orang yang makbul doanya.”
Rasulullah menjawab: Hai Sa’ad! Baguskanlah makanan
engkau nescaya adalah orang yang) diperkenankan permintaan, dan demi (Allah)
yang diri Muhammad di tangan-Nya, sesungguhnya seorang hamba yang memasukkan
sesuap makanan haram ke perutnya, tiada diterima Allah amalannya empat puluh
hari (Riwayat Tobroni).
Dalam hadis yang lain Rasulullah saw telah bersabda:
“setiap daging yang tumbuh daripada yang haram, maka nerakalah yang lebih layak
baginya (Riwayat Tirmizi)”.
Tambahan pula di bulan puasa, banyak makanan yang di buat daripada telur. Pastikan makanan kita bersih dan suci.
Wallahu
a’lam.
0 ulasan:
Catat Ulasan