Sudah sejak lahir, keadaan Samaa abnormal. Saluran darah
yang mengalir ke jantungnya berhubung dengan cara yang salah. Harusnya, saluran
darah itu membawa darah beroksigen dari paru-paru ke sisi kiri jantung. Yang
terjadi, sebaliknya.
Namun, pembedahan jantung bayi bersaiz lebih kecil dari
bola golf jelas cabaran besar untuk para doktor dari Great Ormond Street
Hospital, London. Akhirnya sebuah penemuan revolusi diputuskan: bayi ini
dibekukan sampai mati.
Caranya, doktor meletakkan bungkusan berisi ais di sekeliling
kepala bayi itu-darahnya disejukkan dari suhu normal, 37 darjah Celcius,
menjadi 18 darjah menggunakan mesin bypass jantung dan paru-paru.
Tak hanya itu, para doktor nekad itu juga menghentikan
denyutan jantungnya dengan cara menyuntik ubat dan mematikan enjin bypass. Pada
titik ini, secara klinikal, bayi Samaa telah meninggal dunia. Tubuhnya hampir
sepenuhnya kehabisan darah.
Sementara itu, ahli bedah kardiotoraks Tain-Yen Hsia dan
pasukannya perlu bekerja melawan waktu. Tetingkap keselamatan maksimum (maximum
window of safety) adalah 50 minit-sebelum jantung orok ini harus di-restart
untuk mencegah kerosakan pada otak dan organ-organ dalam.
Untungnya, Samaa tak perlu menunggu 50 minit untuk hidup
kembali. Doktor berjaya membawanya kembali ke dunia dalam masa 23 minit.
Setelah mesin dihidupkan, darah hangat langsung mengalir
dan mengembalikan suhu tubuhnya ke tahap normal, 37 darjah Celcius. Jantung
kecil itu pun kembali berdenyut.
Mengapa Samaa harus dibekukan? Menurut Doktor Hsia,
pasukan perubatan harus melakukan pembedahan mikro. Sebab, mereka berurusan
dengan saluran darah yang setipis kertas beras (rice paper). Satu-satunya cara
yang boleh dilakukan adalah membekukan tubuh dan menghentikan peredaran darah
agar pesakit masuk ke fasa hipothermia.
"Ini seperti menengelamkan bayi ke dalam sebekas air
batu. Semasa menghentikan jantung, kami harus melakukan pembedahan secepat
mungkin dengan kadar presisi tinggi," katanya. "Tidak ada ruang
melakukan kesalahan sekecil apapun."
Lima bulan selepas pembedahani yang dramatik, Samaa telah
sembuh sepenuhnya. Satu-satunya parut pembedahan yang dimiliki bayi asal
Finchley, London Utara ini, adalah bekas luka di dadanya. Ibunya, Roosina Ahmed
(30) dengan haru menceritakan detik-detik paling mencemaskan dalam hidupnya
"Bila pertama anakku membuka matanya, tak terkira
bahagia yang saya rasakan. Bayangkan, selama 20 minit ia terbaring dengan tubuh
dingin, tanpa kehidupan," kata Roosina seperti dimuat Daily Mail, Minggu,
17 Oktober 2010.
Perubahan drastik juga dialami Samaa selepas pembedahan.
Jika sebelumnya ia bayi yang sangat lemah, bahkan untuk menangis sekalipun,
kini dia gembul makan dan bermain tak kenal lelah.
Info : blog Tabekpuang.
Innovasion 28 March, 2012
Info : blog Tabekpuang.
0 ulasan:
Catat Ulasan