gambaran kiamat filem 2012 |
BOLEH
dikatakan seluruh penduduk dunia menjadi enigma dan mimpi ngeri apabila
dikatakan dunia kian menuju hari-hari terakhirnya iaitu pada 12 Disember 2012
sebagai tarikh sakaratul dunia, atau lebih tepat kiamat.
Asalnya
ia hanya momokan masyarakat barat kononnya mengikut perkiraan mereka, dunia
kini hanya menanti detik dan waktu sahaja untuk musnah.
Apa
yang dibimbangi barat itu merebak pada kadar yang perlahan namun berjaya
menyakinkan orang ramai dalam pelbagai bentuk terutamanya buku, makalah dan
lawan sesawang. Kemuncak momokan itu apabila filem blockbuster Hollywood
berjudul 2012 yang menjadi hantu besar menakutkan manusia kepastian Kiamat pada
2012. Filem itu sebenarnya diilhamkan daripada kiraan kalendar kuno kaum Maya
(Long Count Calendar) yang kononnya pada tarikh 12 Disember tahun hadapan,
dunia akan hancur.
Akan
berlaku malapetaka alam yang maha dahsyat, yang tidak pernah terfikir dan
terbayangkan oleh manusia. Ini termasuklah gelombang tsunami gergasi yang
berpuluh kali ganda lebih dahsyat dan lebih ngeri berbanding melanda Aceh,
Indonesia hingga menelan ratusan ribu nyawa tujuh tahun lalu.
Ia
ditambah dengan hentaman-hentaman objek asing dari angkasa, terutamanya
asteroid yang kekuatannya juga mengalahkan mana-mana ledakan bom nuklear. Semua
itu kononnya berlaku kesan daripada jajaran planet Pluto dan Bumi yang selari
dalam pusingan orbit dan sebagainya yang kesemuanya bakal terjadi sekitar
Disember 2012.
Walaupun
semua ini sekadar ramalan yang didakwa disokong penemuan saintifik dan ilmiah,
namun bukan sedikit kesannya kepada manusia.
Natijahnya,
ramai daripada kita seolah-olah berada di persimpangan yang cukup memeningkan
kepala. Antara mahu percaya atau tidak. Benarkah tahun 2012 akan berakhirlah
jangka hayat bumi ini? Yang turut bermakna berakhirnya juga jangka hayat
manusia?
Pendakwah
terkenal, Dr. Danial Zainal Abidin bagaimanapun meminta umat Islam supaya tidak
sedikit pun memberikan ruang di hati dan minda mereka untuk mempercayai ramalan
tarikh kiamat yang jangkanya berlaku hanya setahun daripada sekarang.
“Jika
percaya kepada semua itu, dibimbangi ia boleh merosakkan akidah mereka sendiri
kerana akan mudah terjebak dengan segala macam unsur syirik dan khurafat.
“Semua
itu hanya sekadar ramalan yang lazimnya tidak ada asas dan bukti apa pun untuk
kita percaya.
“Tidak
sahaja dalam soal ramalan kiamat. Malah dalam apa juga ramalan-ramalan masa
depan yang kononnya akan berlaku sebarang tragedi dan peristiwa-peristiwa besar
yang di luar dugaan manusia untuk berlaku,” katanya.
Dalam
Islam kata Dr. Danial, ditekankan dalil dan nas pembuktian dalam apa juga
perkara termasuk perkara-perkara ghaib terutamanya hari kiamat. Dua teks sama
ada dari dalil al-Quran dan hadis Rasulullah sudah cukup bagi melindungi
fahaman umat Islam daripada pelbagai ramalan mengenai hari kiamat.
Ayat
berikut misalnya adalah satu dalil yang paling kuat dalam memperkatakan soal
kedatangan hari kiamat.
“Mereka
bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat:
“Bilakah
masa datangnya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada
di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya
pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat
(menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang
kepada kamu melainkan secara mengejut.” Mereka bertanya kepadamu seolah-olah
engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari
kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
(al-A’raaf: 187).
Sumber
: Utusan
0 ulasan:
Catat Ulasan