Internet diakui sebagai medium ideal dalam menggalakkan proses demokrasi. Namun, dalam masa yang sama, internet boleh menjadi medium penyebaran fitnah sekiranya ada pengguna yang terus menyalahgunakannya.
Mengapakah fitnah boleh berlaku menerusi internet?
Pengendali blog, website dan portal tidak mungkin dapat menghasilkan berita asal seumpama akhbar dan televisyen kerana kos penyediaan yang tinggi dan latihan yang cukup diperlukan. Oleh itu, informasi yang didedahkan adalah berdasarkan pemikiran dan pandangan logik mereka sendiri. Hal ini boleh menyebabkan fitnah berlaku menerusi internet.
Tiada sekatan informasi dilakukan kerana pihak kerajaan Malaysia telah mengambil langkah yang positif untuk tidak menyekat atau menapis dunia siber. Hal ini telah termaktub didalam perjanjian diantara kerajaan Malaysia dengan syarikat Koridor Raya Multimedia.
Selain itu, faktor lain adalah disebabkan oleh pengguna/pelayar internet yang terlalu taksub dan mempunyai rasa tidak puas hati terhadap sesuatu isu yang berbangkit. Hal ini, akan menyebabkan mereka beremosional dalam meluah dan mendedahkan segala isu kepada umum.
Isu politik boleh menyebabkan fitnah semakin berleluasa berlaku terutamanya menjelang pilihan raya. Pelbagai pendapat peribadi diberikan oleh pengguna internet dan menyebabkan masyarakat tidak dapat menilai sesuatu isu itu sama ada benar atau palsu. Selain itu juga, internet menjadi medium untuk memburuk-burukkan tokoh politik yang bertujuan untuk memusnahkan karier politik tokoh tersebut.
Kesan fitnah terhadap masyarakat.
Merujuk kepada konteks Malaysia, terdapat banyak maklumat berunsurkan fitnah dalam rangkaian Internet. Kesemuanya ditujukan kepada sesetengah pemimpin negara. Gejala sedemikian berupaya menjana kebencian dan kekeliruan di kalangan pengguna internet yang mempercayai terus maklumat yan diperolehi.
Ini boleh mencetuskan kekacauan di dalam negara dan mengancam keselamatan serta ketenteraman negara.
Fitnah juga boleh memberikan kesan langsung terhadap individu yang difitnah seperti kemusnahan kerjaya, dibenci oleh masyarakat serta maruah diri dan keluarga tercemar. Bukan itu sahaja, fitnah juga berbahaya kepada perhubungan kaum dimana jika fitnah tersebut melibatkan perkauman ia boleh mengakibatkan ketegangan kaum tercetus.Internet adalah merupakan medium terbaik dalam proses demokrasi. Namun, sebagai pengguna kita haruslah sentiasa rasional dan bertanggungjawab dalam menggunakan internet untuk menyampaikan pandangan tentang. Gunakan internet dengan bijak. JAUHI FITNAH.
Rabu, 18 Januari 2012
Fitnah Dalam Internet
Label:
Berita dalam negeri,
Info,
Isu hangat,
Jenayah,
Panduan hidup,
Untuk renungan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan